Ustaz Shamsuddin 190920

Kuliah Subuh

• Seorang yang beriman apabila diuji dengan berbagai perkara didalam kehidupan ini dia bersabar.

• Setiap ujian itu ada hikmahnya. Ada rahsianya. Malah ia lebih besar daripada ibadah.

• Hikmah solat dan puasa tidak sama dengan menghadapi ujian dan bala'. Kerana apabila seseorang itu menghadapi ujian ia secara ruhani dan jasmani. Luar dan dalam.

• Apabila diuji dengan bala' Ruhani cepat tersentuh. Walaupun ujian yang kecil. Apabila Ruhani telah tersentuh maka ia cepat mengingati Allah SWT. Iman nya akan lebih mantap.

• Apabila imam seseorang itu lebih mantap. Meningkat dengan cepat. Tidak akan lupa ia dengan Allah SWT. Hati kita lebih dekat. Maka Allah juga menambah ilham dan ilmu mengenai hubungan kita dengan Allah SWT.

• Seketika diuji seorang hamba akan kembali mengingati NYA. Tidak leka. Tidak berpura-pura. Malah kepada NYA kita mengharap dan merayu akan pertolongan.

• Nafsu tidak boleh bertahta dihati. Sikap riya' dan sombong tidak ada tempat lagi ketika seseorang yang menghadapi bala'. Saat itu seseorang akan mengaku akan segala kesilapan dan dosa dosanya. Secara spontan merayu dan mengharap pertolongan Allah SWT.

• Setiap kali kita berjaya melalui ujian maka lebih mantapkan Ruhani kita. Yakin bahawa tidak ada kekuatan menghadapi ujian tanpa bantuan Allah SWT.

• Ramai juga orang yang tidak beriman apabila diuji dia akan hilang tempat untuk bergantung. Ada yang berputus asa. Disinilah berbeza orang yang beriman dengan orang yg tidak beriman.

• Orang yang beriman ketika menghadapi ujian dia kembali kepada penciptanya. Jiwa nya akan lebih kuat kerana dia yakin akan tepat yang dia bergantung adalah kuat dan berkuasa.

• Diwaktu itulah jiwa akan merasakan akan kebesaran dan kekuasaan NYA. Tahulah betapa kerdilnya diri kita. Tunduk dan sujud kepadanya.

• Bagi orang yang soleh dia merasa selesa apabila diuji. Kerana dia yakin bahawa hikmah ujian tersebut itu besar. Lebih bernilai daripada hikmah ibadat nya. Ia merasa dirinya lebih dekat kepada Allah SWT. Malah mereka merasa ujian tersebut sebagai satu pemberian yang cukup bernilai.

• Ujian itu satu pemberian Allah SWT kepada hamba hambaNYA. Supaya kembali kepada NYA. Hikmahnya lebih besar. Pengajaran nya cukup besar untuk mendewasakan seseorang yang beriman.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914