Ustaz Yahya 230920

Kuliah Maghrib

• Allah SWT menjadikan manusia sebaik-baik kejadian.

• Penting bagi orang yang beriman mengetahui tentang kejadiannya. Mengenal diri sendiri. Apa yang dinyatakan Allah SWT itu sebaik baik kejadian NYA.

• Manusia dijadikan asalnya daripada tanah. Tanah itu rendah. Jadi dimanakah kehebatan manusia?

• Manusia ini merupakan makhluk. Dan yang pertama dijadikan pada hakikatnya adalah Nabi Muhammad SAW.

• Bagi ulama' tasawuf kejadian kedua adalah hakikat Muhammadiah.

• Tidak semua ulama' menyetujui dengan definasi hakikat Muhammadiah. Perkara ini biasa. Kerana tidak semua ulama' yang mendalami ilmu tasawuf.

• Allah SWT menjadikan malaikat daripada cahaya. Jin daripada api. Tumbuh-tumbuhan dijadikan daripada air. Manusia dijadikan daripada tanah. Tanah merupakan matter yang tetap dan stabil jika dibandingkan dengan cahaya,api dan air.

• Manusia juga mempunyai roh. Yang rahsianya hanya Allah SWT sahaja yang tahu rahsianya.

• Allah SWT itu tuhan yang tiada lain melainkan DIA. Yang berkuasa dan Maha Tinggi. Dijadikan manusia agar menyembahNYA. Memperhambakan dirinya kepada Allah SWT.

• Hamba itu perlulah merendahkan diri kehadapan NYA. Melakukan segala suruhan dan menjauhkan daripada larangan NYA. Serta menjadikan Baginda Rasulullah SAW sebagai contoh.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914