Ustaz Shamsuddin 130322

Kuliah Subuh

• Ada orang yang asalnya lalai daripada ibadat kepada Allah SWT. Tetapi dengan rahmat NYA orang tersebut dapat berubah menjadi seorang yang bertaubat serta Soleh.

• Perubahan ini hendaklah orang tersebut sedar bahawa perubahan yang terjadi kepada nya daripada tidak baik kepada baik adalah kerana anugerah Illahi.

• Perubahan didalam diri seseorang hamba adalah satu nikmat dan rahmat Allah SWT.

• Nikmat tersebut satu pengalaman yang menyeronokkan bagi sesaorang itu. Kalau dulu hidupnya penuh dengan maksiat, sekarang jadi seorang yang bertakwa. Jiwa merasa tenang.

• Merasa nikmat hidup didalam iman setelah bertaubat. Syukur kepada Allah SWT. Serta berusaha untuk melipatgandakan ibadah yang Soleh.

• Melepaskan diri daripada belenggu nafsu syahwat dapat membawa sesaorang itu menuju kejalan kesyurga. Tahulah bahawa nafsu itu tidak suka kepada syurga.

• Nafsu syahwat itu membesar didalam diri seseorang adalah berpunca daripada cinta kepada kenikmatan dunia. Nikmat dunia yang tidak dipimpin oleh syariat agama Allah SWT. Nikmat yang sementara yang tidak membantu kepada hari akhirat kelak. Lalai hingga lupa akan dunia akhirat.

• Sekiranya Allah SWT menghendaki seorang itu menjadi baik, maka dijauhkan diri daripada kecintaan kepada dunia. Serta dimasukkan cinta kepada melakukan amalan Soleh serta beristiqamah dengannya.

• Orang yang dianugerahkan kekayaan hidup didunia ini, tetapi dia bersifat bakhil maka dia adalah seburuk-buruk manusia. Perangai tersebut akan membawanya dirinya keneraka.

• Orang yang memuliakan sesaorang itu kerana kekayaan dunianya, maka diakhirat nanti perbuatan dia dianggap seperti menyembah berhala.

• Harta dunia yang membawa kepada kebaikan dunia dan akhirat itu bukanlah dianggap cinta dunia.

• Bila sesaorang yang dapat berubah daripada kelalaian kepada tanggungjawab agama kepada kepatuhan akan segala hukum agama, maka hendaklah dia mensyukuri akan nikmat Allah SWT.

• Haruslah berwaspada jika nikmat tersebut tidak disyukuri maka ada kemungkinan Allah SWT menarik balik anugerah tersebut.

• Lebih parah lagi apabila dianugerahkan nikmat tersebut kepada sesaorang hamba, dia tidak sedar akan anugerah tersebut. Maka dia tidak bersyukur kepada Allah SWT.

• Orang yang soleh apabila diberi kesedaran akan kelalaian, dia tahu bahawa itu nikmat daripada Allah SWT.


• Tetapi jika dia lupa, dianggap kerajinan
dia beribadat adalah usaha dirinya sendiri bukan anugerah Allah SWT maka kemungkinan besar nikmat itu ditarik balik. Sekiranya dia sedar perlulah dia bertaubat.

• Untuk mengekalkan perubah baik perlulah sesaorang itu sentiasa bertafakur akan keadaan dirinya sebelum diberi nikmat tersebut.

• Bagi orang yang mendalami ilmu tasawwuf digalakkan menziarahi orang yang sakit, orang didalam penjara, orang yang kehilangan saudara mara. Agar hidup jiwa sentiasa bersyukur kepada Allah SWT.

• Wassalam


 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914