Ustaz Shukri 120322

Kuliah Maghrib

• Kekayaan yg sebenarnya bukan kaya harta tetapi kekayaan jiwa.

• Orang yg kaya jiwa adalah mereka yang sentiasa bersyukur kepada Allah SWT. Rasa puas akan apa sahaja yg DIA kurniakan.

• Sebaliknya orang yang sakit jiwa merasa tidak cukup akan harta dan pemberian Allah SWT.

• Mereka yg sakit jiwa sentiasa mengejarkan kekayaan dunia hingga alpa akan ibadat kepada Allah SWT.

• Rasa kesal dan dukacita bila tidak dapat apa harta dunia yang dikejar. Tetapi dia tidak sedih apabila tidak melakukan tanggungjawab agamanya.

• Tama' akan harta yg diperolehi hingga lalai dalam menunaikan kewajipan berzakat. Ditangguhkan kewajipan zakat kemudian hari kononnya hendak menunggu harta dah banyak. Tetapi dia lupa bahawa maut datang pada bila-bila masa sahaja.

• Kejar harta sehingga sanggup berhutang dengan banyak. Tetapi tidak berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk membayarnya. Dia lupa bahawa hutang itu menyusahkan diri sesaorang didunia dan diakhirat.

• Orang beriman yang kaya jiwanya ringan untuk menginfakkan harta dunianya kejalan Allah SWT.

• Bila ditemukan dengan orang yang kurang dunianya daripada dirinya. Sama ada dari segi kesihatan, kewangan, kekeluargaan DLL. Orang beriman akan mengambil kesempatan membantu orang lain kerana Allah SWT. Inilah akhlak yang dituntut oleh agama.

• Para ulama' menyatakan bahawa akhlak orang beriman membantu sesiapa sahaja. Yang muslim atau yang tidak muslim. Ramai orang yang Non Muslim melafazkan syahadah kerana tertarik dengan akhlak orang beriman yang kaya jiwanya.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914