Ustaz Yusof 060322

Kuliah Subuh

• Didalam Al Quran Surah Ali Imran 185. Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

• Apabila sampai masanya ajal akan tetap mencari sesaorang walaupun berada dimana sahaja.

• Setiap orang beriman perlulah membuat persiapan untuk menghadapi sakarat maut.

• Mati itu merupakan satu perjalanan menuju ke alam akhirat. Dimana setiap mukmin mengharapkan syurga.

• Untuk mendapatkan ganjaran syurga, perlulah sesaorang itu mengerjakan segala amal yang soleh yang dihukumkan Allah SWT.

• Satu amalan yang baik adalah membaca AL Quran. Didalam zaman ini tarikan sosial media membuat membaca AL Quran itu susah.

• Saidina Othman walaupun tugasan sebagai khalifah itu banyak, tetapi tidak terlepas membaca AL Quran.

• Sebagai seorang yang beriman, hendaklah menjaga ukhwah sesama mukmin.

• Ikhlas itu perlu didalam menjaga ukhwah. Dijaga kerana Allah SWT.

• Quran menyatakan bahawa setiap mukmin bersaudara. Tidak kira apa pun perbezaan.

• Mencari jalan agar sesama mukmin itu berdamai. Dan menjaga persahabatan semasa senang dan susah.

• Membantu sahabat apabila dia mendapat kesusahan. Tidak berkira. Dan tidak mengungkit kebaikan yang telah dilakukan.

• Menutup aib sesaorang sahabat. Insyaallah diakhirat kelak Allah SWT akan menutupi juga aib kita.

• Wassalam


 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914