Ustaz Syukri 050322

Kuliah Subuh

• Surah Saba ayat 39. Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki".

• Harta yang diusahakan sendiri sesaorang itu lebih baik daripada harta yang daripada harta pusaka. Dan apabila di infaqkan akan memberi kebaikan kepada pemberinya.

• Sayang kepada harta itu adakalanya membawa kepada sifat kedekut. Hingga ada yang tidak boleh mendengar perkataan infaq.

• Harta sesaorang itu yang sebenarnya adalah harta yang diinfakkan kejalan Allah SWT. Harta itu yang akan mengikut sesaorang itu diakhirat nanti.

• Mempunyai harta yang banyak tidak menjamin kebahagiaan sesaorang didunia ini. Malahnya harta itu mungkin membawa kecelakaan kepada pemiliknya. Seperti apa yang terjadi kepada Qarun dizaman Nabi Musa AS, dihina Allah SWT didalam Al Quran.

• Harta yang ditinggalkan kepada warisnya, jika digunakan kejalan yang diredhai Allah SWT maka pahalanya akan dapat kepada pemilik asalnya. Tetapi jika digunakan disebaliknya maka kesannya juga dirasai pemilik asalnya dialam kuburnya.

•  Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914