Ustaz Yahya 020322

Kuliah Maghrib

• Peristiwa Israk dan mikraj berlaku di dalam bulan Rejab

• Baginda SAW telah dapat kembali kepada Allah SWT didalam peristiwa tersebut

• Ada para alim ulama menyatakan bahawa perjumpaan Rasulullah SAW dengan Allah SWT merupakan kali kedua.

• Perjumpaan pertama adalah sebelum jasadnya terjadi dimuka bumi ini. Secara roh Baginda SAW dikatakan telah wujud sebelum dijadikan alam ini.

• Bagi setiap manusia roh kita telah wujud sebelum kita dilahirkan kemuka bumi ini. Dan kita telah mengaku akan hanya Allah SWT tuhan kita.

• Apabila sampai masanya kita akan kembali kepada Allah SWT. Seperti satu Israk.

• Kembalinya kita kepada Allah SWT adalah didalam bentuk roh. Jasad kita akan hancur menjadi tanah apabila maut menemui kita.

• Roh merupakan satu ciptaan Allah SWT yang cukup hebat. Dan selamanya dibawah kawalan NYA.

• Semasa hayat kita didunia roh itu berada didalam jasad kita. Jasad itu dibuat asalnya daripada tanah. Satu bentuk fizikal.

• Jasad kita selain mempunyai roh, dia juga mempunyai nafsu. Nafsu itu musuh kepada ketaatan manusia kepada Allah SWT.

• Nafsu ingin membawa manusia kepada sikap sombong. Sifat yang manusia itu secara fizikal merasa sudah cukup. Tidak perlu kebergantungan kepada kasih sayang Allah SWT.

• Perlulah manusia yang beriman berusaha membebaskan roh kita daripada gangguan nafsu. Ini merupakan ujian bagi manusia.

• Nafsu dapat ditundukkan dengan bertakwa kepada Allah SWT. Dengan mengikuti segala suruhan dan larangan didalam Al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.

• Seorang hamba yang bertaqwa apabila dia kembali kepada Allah SWT dengan keadaan yang tenang dan diredai NYA. Kembali kepada penciptanya.

• Sebagai umat Nabi Muhammad SAW perlulah kita sentiasa bersyukur kepada segala bentuk anugerah Allah SWT.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914