Ustaz Abdul Halim 280523

Kuliah Subuh

• Setiap ibadah soleh yang dilakukan oleh tujuh anggota orang yang beriman merupakan sedekah. Seperti bertasbih, tahlil, ucapan alhamdulillah dll.

• Perbuatan amal makruf dan nahi munkar adalah juga dikira seperti sedekah.

• Solat sunat dhuha bila dilakukan mendapat pahala yang banyak.

• Hadis daripada Abu Musa, beliau berkata: "Rasulullah SAW bersabda kepadaku: "Mahukah aku tunjukkan salah satu perbendaharaan dari perbendaharaan syurga? Saya menjawab: "Mahu ya Rasulullah. Kemudian Baginda bersabda: La haula wala quwwata illa billah."

• Manusia tidak ada kuasa apa pun melainkan dengan pertolongan Allah SWT. Perlulah sesaorang mukmin perlu selalu ingat yang dia tidak ada kuasa apa pun tanpa bantuan NYA.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914