Ustaz Syukri 060523

Kuliah Subuh

• Kebanyakan orang bila diberi kesenangan mereka tidak bersyukur. Tetapi bila diberi kesusahan mereka mengeluh seolah-olah tidak pernah merasai kesenangan hidup.

• Untuk bersyukur orang mukmin dididik untuk melihat orang yang lebih susah daripada kita. Kerana bila kita asyik melihat orang yang lebih kekayaan dunia daripada nya maka akan timbul rasa tidak senang.

• Rasulullah SAW mengajar para sahabat bila melihat orang yang lebih kaya harta benda maka doalah kepada Allah SWT agar orang tersebut diberi keberkatan didalam hidupnya.

• Seorang yang beriman bila dia mendapat rezeki yang banyak, dia akan lebih mendekatkan dirinya kepada Allah SWT. Memperbanyak infaq fisabilillah. Serta dia juga menjaga akhlaknya dengan orang lain.

• Kenikmatan dunia ini sedikit sahaja bilangan nya jika dibandingkan dengan kenikmatan akhirat. Sebagai orang yang beriman perlulah dia sentiasa mempertingkatkan amalannya sebagai bekalan untuk dibawa ke akhirat.

• Gunakanlah kekayaan didunia ini sebagai jambatan kepada kesenangan hidup di akhirat kelak. Memperbanyak infaq ke arah kebaikan sebanyak yang mungkin. Niat kerana mendapat keredhaan Allah SWT.

• Orang yang beriman semakin banyak harta bendanya semakin dekat dia dengan Allah SWT. Semakin banyak infak fisabilillah.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914