Ustaz Lokhman Daud 120523

Kuliah Maghrib

• Setiap anak Adam akan menghadapi sentapan...

• Sentapan pertama adalah sentapan roh daripada jasad. Ia itu kematian. Manusia yang dimatikan adalah orang yang paling terkejut.

• Seorang yang menghadapi kematian ia sendiri tidak menyangka yang dia akan mati. Bila mati dia akan berjumpa dengan makhluk yang tidak pernah dilihatnya. Kehidupan selepas mati merupakan satu suasana yang cukup berlainan daripada kehidupan dunia ini.

• Kematian merupakan musibah yang paling dahsyat yang dihadapi manusia. Baginda Rasulullah SAW menyatakan agar orang yang beriman melakukan ibadah yang Soleh semasa hidup didunia ini. Kerana bila mati kelak tidak ada lagi amal ibadat.

• Para sahabat memuliakan kehidupan mereka dengan iman. Dimana bila menghidapi musibah yang ditentukan Allah SWT keatas diri mereka, ia akan bersabar dan redha akan keadaan tersebut.  Mereka yakin yang bila dia bersabar dia akan dapat pahala.

• Orang yang beriman perlulah yakin yang musibah adalah peluang untuk dirinya memasuki syurga apabila dia bersabar menghadapi nya.

• Yakin bahawa orang yang bersabar Allah SWT akan memberi pahala tanpa terhitung.

• Para sahabat membuktikan iman mereka dengan bersyukur apabila dia menerima kesenangan.

• Orang yang bersyukur dapat ganjaran yang lebih jika dibandingkan dengan orang yang kurang atau tidak bersyukur.

• Para sahabat juga mereka redha akan pembagian yang dianugerahkan Allah SWT kepadanya. Ini merupakan satu manifestasi imam mereka yang tinggi. Tidak mengeluh jika bahagian mereka kurang daripada orang lain.

• Yakinlah bahawa rezki seseorang itu didalam genggaman Allah SWT. Tidak siapa yang dapat mengubahkan nya. Seekor burung yakin kepada Allah SWT akan rezekinya.

• Seorang itu apabila dia meninggal dunia hartanya telah berpindah kepada orang lain. Maka perlulah semasa hidup lagi harta benda kita digunakan untuk diinfak.

• Ramai orang semasa hidupnya menghabiskan banyak masa dan duit untuk menjaga kecantikan jasad nya. Tetapi mereka tidak menghabiskan masa dan harta untuk memperkukuhkan rohaninya dengan amal kebajikan dan ibadah yang Soleh. Yakinlah bila mati jasad akan hancur tetapi roh yang mulia akan terus hidup dengan baik.

• Jauhlah diri daripada melakukan kezaliman kepada orang lain. Kerana apabila dihari akhirat nanti orang yang kita zalimi akan menuntut haknya. Dan balasan yang perlu dibayar adalah dengan pahala yang kita ada. Atau memikul dosa orang yang kita zalimi.

• Iman Ghazali menasihati orang yang beriman agar memohon maaf kepada orang lain sebelum kembali kerahmatullah.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914