Ustaz Yusof 070523
Kuliah Subuh
• Orang yang beriman perlu selalu ingat akan hari akhirat. Yang mana satu tanda kecilnya adalah masa berlalu dirasa dengan cepatnya.
• Bersyukur kepada Allah SWT akan nikmat Ramadhan yang baru berlalu. Serta meraikan keluarga dan sahabat dibulan Syawal ini.
• Surah Al Furqan ayat 63. Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;
• Ayat diatas menjelaskan salah satu akhlak seorang mukmin yang disarankan oleh Allah SWT.
• Seorang yang beriman mempunyai akhlak yang baik. Berjalan dengan cara yang bersopan. Mengucapkan salam kepada sesiapa sahaja. Walaupun kepada mereka yang 'kurang ajar'.
• Surah Al Furqan ayat 64: Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri,
• Selain baik hubungannya dengan manusia, mereka yang beriman juga menjaga hubungan dengan Allah SWT dengan baik. Taat dan patuh kepada NYA. Dengan melakukan ibadah yang soleh.
• Menjadi hamba Allah SWT yang sentiasa diredhai NYA. Jaga dirinya daripada godaan syaitan. Serta mencintai kehidupan dunia secara berlebih-lebihan.
• Orang yang beriman hendaklah selalu berwaspada akan belitan dan godaan syaitan. Kerana iblis dan syaitan kerja utamanya adalah untuk menyesatkan manusia. Agar jauh daripada jalan yang diperintah oleh Allah SWT.
• Orang yang rajin beribadat kepada Allah SWT dengan ikhlas akan diberkati NYA kehidupan hamba itu.
• Wassalam

Comments