Ustaz Rahmatullah 080523

Kuliah Maghrib

• Kesan maksiat keatas sesaorang adalah dia akan lupa akan hari akhirat. Nanti bila dia kembali kepada Allah SWT dia akan merasa malu.

• Seorang yang beriman hendaklah selalu mengingati akan hari perjumpaan kita dengan Allah SWT. Kenikmatan dunia yang melekakan tidak bernilai pada hari tersebut. Jika ketika dia kembali kepada NYA dengan penuh dengan kekufuran maka malanglah dia diakhirat nanti.

• Bagi seorang mukmin kehidupan didunia ini perlulah dilalui mengikut cara hidup yang ditentukan Allah SWT. Maka seorang mukmin wajib tunduk dan patuh dengan perintah Allah SWT dan Rasulullah SAW. Islam ini berbeza dengan kepercayaan yang lain.

• Sekiranya seseorang hidup mengikut cara yang ditentukan Islam maka dia akan dapat pahala. Dan sebaliknya jika dia hidup berpegang dengan cara yang diharamkan agama maka kehidupannya bergelumang dengan dosa.

• Orang yang cara hidupnya dipenuhi dengan perkara yang haram, diakhir hayatnya dia pasti akan dipenuhi dengan kesesalan. Jika dia tidak sempat bertaubat maka kesudahannya cukup menyiksa.

• Sekiranya sesaorang itu beriman dan menjalankan kehidupan seharian mengikut kehendak agama maka Allah SWT akan melimpahkan dengan taufik. Iaitu memudahkan dia kejalan kebaikan. Sebaliknya jika dia tidak hidup mengikut kehendak agama maka susah dia mendapat taufik.

• Harus diperingatkan bahawa maksiat mata itu pintu kepada melakukan dosa. Cara syaitan mebelitkan hati dengan nafsu syahwat. Jika sesaorang itu dapat menjaga penglihatan dari melihat perkara-perkara yang haram akan mendapat kebaikan.

• Membiasakan diri dengan maksiat akan perlahan demi perlahan membawa seseorang itu jauh dari petunjuk NYA.

• Bila sesaorang itu melakukan kebaikan maka kebaikan itu untuk dirinya sendiri. Begitu juga jika seseorang itu melakukan maksiat maka keburukan itu akan kembali kepadanya juga.

• Manusia ini diberikan Allah SWT akan pilihan untuk dia memilih cara hidupnya. Sama ada cara hidup yang baik atau cara hidup yang buruk.

• Sekiranya seseorang itu memilih hidup dengan ketaatan maka dia akan merasai kemanisan hidupnya. Ketenangan yang membahagiakan.

• Kenikmatan hidup sesaorang yang memenuhi hidupnya dengan amalan Soleh tidak akan dinikmati oleh orang yang tidak melakukan amalan tersebut. Hebatnya nikmat ini dikatakan oleh para ulamak jika diketahui oleh raja yang zalim sanggup membunuh untuk merampas kenikmatan tersebut.

• Maksiat itu nikmatnya adalah sementara sahaja. Tetapi selepas itu dia akan menyesal. Nikmat yang dirasakan adalah palsu. Sebaliknya ibadat bila dilakukan rasa susah bila dilakukan tetapi kemudian itu akan dianugerahkan nikmat kepadanya.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914