Ustaz Dr Nizam Kadir 110524

Kuliah Subuh

• Istighasah adalah perbuatan memohon sesuatu daripada mayat.

• Memohon doa kepada Allah SWT digalakkan bagi orang yang beriman.

• Walhal memohon kepada mayat ramai ulama' mengharamkan perbuatan tersebut. Tetapi ada yang mengharusnya.

• Memohon melalui doa kepada Allah SWT merupakan sesuatu ibadat yang tidak meragukan. Kerana terdapat dalil yang kukuh. Sebaliknya berdoa melalui mayat dalilnya cukup diragui.

• Para wali Allah SWT dianugerahkan karamah. Mereka adalah manusia yang berpegang kuat akan segala ajaran agama yang berpandukan sunnah Baginda Rasulullah SAW.

• Ciri ciri wali Allah SWT: 
✓ tidak takut kepada manusia.
✓ tidak sedih kehilangan nikmat dunia
✓ bertakwa kepada Allah SWT

• Terdapat juga cerita - cerita yang tidak boleh diterima akal mengenai para wali. Ini perlu diberi perhatian oleh orang yang beriman.

• Karamah para wali tidak boleh melebihi daripada mukjizat para Nabi Allah. Semasa Rasulullah SAW masih hidup karamah para sahabat tidak kelihatan. Hanya selepas wafatnya Baginda Rasulullah SAW barulah terdapat berita mengenai karamah pada sahabat.

• Karamah para wali itu memang terdapat sepertimana yang terdapat didalam Al Quran. Tetapi harus berwaspada dengan cerita-cerita karamah yang melampau tidak masuk akal.

• Wassalam. 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809