Ustaz Yahya 220524

Kuliah Subuh

• Orang yang beriman hendaklah elak dirinya daripada bersifat ujub dan sombong. Merasa tidak perlu bergantung kepada orang lain selain dirinya sendiri.

• Seorang mukmin bergantung sepenuhnya kepada Allah SWT. Didalam surah Al-Fatihah yang dibaca berulang-ulang menyatakan kebergantungan diri kepada Allah SWT semata mata.

• La Hawla Wala Quwwata Illa Billah (لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ): Ucapan ini menggambarkan keyakinan bahawa semua kekuatan dan kekuasaan berasal dari Allah.

• Daripada Syaddad bin Aus RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
سَيِّدُ الِاسْتِغْفَارِ أَنْ تَقُولَ: اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

Maksudnya: "Sayyid al-Istighfar hendaklah kamu mengucapkan: Ya Allah, Engkau adalah Rabbku, tidak ada Ilah yang berhak disembah dengan benar melainkan Engkau. Engkau yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu. Aku di atas perjanjian-Mu dan janji-Mu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan perbuatanku, aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku kepada-Mu, maka ampunilah aku. Ini kerana, tiada yang dapat mengampuni dosa melainkan Engkau". [Riwayat al-Bukhari (6306)]

• SETIAP muslim beriman bahawa yang akan menyelamatkannya di akhirat nanti ialah rahmat dan kasihan belas Allah ta'ala ke atasnya. Bukan amal soleh dan bekalan yang dibawanya ke akhirat nanti yang akan menyelamatkannya. Bahkan semuanya kembali kepada kehendak Allah, kuasa dan rahmat-Nya.

• Walaupun rahmat Allah adalah hak mutlak-Nya untuk dikurniakan kepada sesiapa pun, tetapi Allah sendirilah yang mengajar manusia bagaimana untuk menjemput keredhaan-Nya dan kesukaan-Nya terhadap para hamba-Nya. Apabila Allah redha, puas hati dan suka, maka datanglah rahmat dan kesian belas-Nya ke atas hamba-Nya.

• Seluruh umat Islam daripada yang hidup pada zaman baginda hingga hari kiamat diiktiraf sebagai umat Nabi Muhammad SAW. Kita yang hidup pada hari ini tidak pernah berjumpa Rasulullah namun kita adalah umat baginda yang mengakui kerasulannya.

• Bersyukur kerana menjadi umat Nabi Muhammad SAW.

• Umat Nabi Muhammad adalah kelompok manusia yang mempunyai kedudukan istimewa. Hal ini seperti dinyatakan oleh Allah dalam al-Quran yang maksudnya: "Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)..." (Surah Ali 'Imran, ayat 110)

• Surah al-Taubah, ayat 128 yang bermaksud: "Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul daripada golongan kamu sendiri, yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahanmu, yang sangat inginkan kebaikan bagimu dan amat belas lagi penyayang kepada orang beriman."

• Allah menerangkan dalam surah Ali Imran, ayat 164 yang bermaksud: "Sungguh Allah memberi kurnia kepada orang-orang yang beriman ketika Allah mengutus di antara mereka seorang rasul dari golongan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, membersihkan (jiwa) mereka dan mengajarkan kepada mereka al-Kitab dan al-Hikmah. Dan sesungguhnya sebelum (kedatangan Nabi) itu, mereka adalah benar-benar dalam kesesatan yang nyata."

• Dalam syariat Islam, kefahaman yang sahih terhadap agama bukan dimiliki oleh semua orang, sebaliknya dimiliki dan dipelihara oleh kalangan alim ulama.

• Walaupun mereka ini bukan nabi namun selepas kewafatan Nabi SAW sudah tentu merekalah yang meneruskan tugas Nabi SAW dan menggalas tanggungjawab dengan segala kebijaksanaan yang dimiliki.

Dengan usaha gigih mereka, warisan al-Quran dan hadis dapat dipelihara sehingga kini secara tulen buat umat Islam.

• Bagi menjaga kefahaman yang sahih, kalangan ulama sudah menyusun disiplin ilmu usul. Maka, setiap bidang ada ilmu usulnya seperti usul akidah, usul tafsir, usul hadis, usul fiqh, usul tasawuf dan sebagainya.

• Ibadah akan diterima oleh ALLAH SWT jika disusuli dengan niat ikhlas dan bertepatan dengan sunnah yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Dua syarat inilah yang menjadi asas kepada sesuatu ibadah itu diterima oleh ALLAH SWT. Ibadah mestilah bersih daripada unsur atau sebab yang selainnya dan perlu mengikut kehendak berdasarkan wahyu yang diturunkan. Keikhlasan itu datangnya dari hati yang bersih dan jujur demi mendapat ganjaran pahala di sisi ALLAH SWT.

• IKHLAS adalah sebuah sifat mahmudah yang sangat dituntut dalam Islam. Amalan yang tidak ikhlas tidak akan diterima di sisi Allah.

• "Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid, dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Agama yang benar."

(al-Bayyinah: 5)

• Wassalam

 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809