Ustaz Lokhman Daud 310524

Kuliah Maghrib

• Quote from the Holy Qur'an: Maryam (19:54)

وَاذۡكُرۡ فِى الۡـكِتٰبِ اِسۡمٰعِيۡلَ‌  ۚاِنَّهٗ كَانَ صَادِقَ الۡوَعۡدِ وَكَانَ رَسُوۡلًا نَّبِيًّا‌

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Ismail; sesungguhnya ia adalah benar menepati janji dan adalah ia seorang Rasul, lagi berpangkat Nabi.

• Allah SWT menceritakan kisah nabi-nabi yang Soleh didalam Al Quran supaya ianya menjadi contoh kepada umat mukmin.

• Quote from the Holy Qur'an: As-Saaffaat (37:102)

فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعۡىَ قَالَ يٰبُنَىَّ اِنِّىۡۤ اَرٰى فِى الۡمَنَامِ اَنِّىۡۤ اَذۡبَحُكَ فَانْظُرۡ مَاذَا تَرٰى‌ؕ قَالَ يٰۤاَبَتِ افۡعَلۡ مَا تُؤۡمَرُ‌  سَتَجِدُنِىۡۤ اِنۡ شَآءَ اللّٰهُ مِنَ الصّٰبِرِيۡنَMaka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar".


• Nabi Ismail merupakan seorang yang teguh beriman. Sanggup dirinya dikorbankan. Umurnya baru lingkungan belasan tahun.

• Nabi Ibrahim AS diuji sedemikian. Kerana Baginda pernah menyatakan jika dia mempunyai anak dia sanggup mengorbankan sekira perbuatan itu mendekatkan dirinya kepada Allah SWT.

• Sebelum menjalankan ujian tersebut Syaitan mula rasuk Nabi Ibrahim. Setelah dia gagal syaitan pula merasuk isterinya Siti Hajar. Setelah gagal sekali lagi dia pula cuba merasuk Nabi Ismail. Semua orang itu kuat imannya dan mengagalkan ibadah mereka.

• Sebelum Nabi Ibrahim menyembelih putranya, Nabi Ismail berpesan pada ayahandanya. Pesan Nabi Ismail sebelum disembelih: "Ayah;

1) hadapkan wajahku ke arah tanah, agar engkau tidak melihat wajahku, lalu ayah menjadi kasihan padaku.
2) singkapkan baju ayah, agar tidak ternoda darahku, maka akan menjadi berkurang pahalaku dan khawatir terlihat ibu maka akan bersedih hatinya.
3) tajamkan pedangnya dan segera sembelihlah, itu akan lebih mudah bagiku, karena kematian adalah suatu yang berat.
4) bawa kembali pulang bajuku, agar ibu bisa mengenangku.
sampaikan pesan kan pada ibu, katakan padanya, bersabarlah dalam menjalankan perintah Allah.
5) jangan kabarkan pada ibu bagaimana ayah menyembelihku dan mengikatku.
6) jangan ada anak-anak yang dekat pada ibu, jika ada anak yang seusiaku, janganlah lihat agar tidak terus menerus bersedih.

Itulah pesanku wahai ayah".

• Bukanlah Ismail yang akhirnya tersembelih. "Dalam hitungan sekian nano detik, Ismail telah diangkat, dan diletakkanlah kambing sebagai ganti sekaligus sebagai tanda bahwa pengorbanan Ibrahim dan Ismail telah diterima Allah SWT,"

• Surah Ash-Saffat 108-109

سَلٰمٌ عَلَىٰٓ إِبْرٰهِيمَ وَتَرَكْنَا عَلَيْهِ فِى الْاٰخِرِينَ

Kami abadikan untuk Ibrahim itu (pujian yang baik) di kalangan orang-orang yang datang kemudian, yakni pada umat-umat yang datang setelahnya.

• Mengambil ibrah peristiwa ini umat mukmin disunatkan melakukan ibadah korban. Malah mereka yang bermazhabkan Hanafi menjadi kewajipan melakukan ibadah korban.

• Doakan kepada Allah SWT supaya anak anak kita menjadi orang yang Soleh. Doa Nabi Ibrahim meminta untuk diberikan keturunan yang sholeh.

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ ٱلصَّٰلِحِينَ

Rabbi hab lī minaṣ-ṣāliḥīn

Artinya: Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang saleh.

• Wassalam


 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809