Ustaz Firthaus 290524
Kuliah Maghrib
• Bersyukur kepada Allah SWT kerana diberi nikmat kehidupan sepertimana yang ramai kecapi.
• Juga bersyukur kita diberi kesempatan untuk melakukan taubat akan dosa yang dilakukan.
• Berdoa merupa satu ibadah yang sering dilakukan. Kita selalu melakukan doa didalam solat.
• Apabila seseorang orang yang beriman melakukan doa perlulah faham akan maksudnya. Bila kita faham akan makna doa yang dilafazkan maka lebih berkesan.
• Doa terdiri daripada perkara untuk didekatkan dan ada perkara yang diminta dijauhkan. Contohnya mendekatkan diri dengan kematian yang baik, dijauhkan daripada kematian yang buruk.
• Nida adalah perbuatan yang lebih tinggi berbanding dengan doa. Nida boleh ditakrifkan merintih. Dilakukan dengan bersungguh-sungguh faham makna permintaan. Dilakukan diwaktu malam. Menangis diwaktu tersebut.
• Doa yang terbaik adalah adalah doa daripada Al Quran dan daripada Rasulullah SAW.
• Setelah Nabi Musa AS menumbuk sesaorang itu mati, dia kesal. Dan memohon keampunan. Ia merayu (dengan sesalnya): "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri; oleh itu ampunkanlah - apalah jua kiranya - akan dosaku". (Maka Allah Taala menerima taubatnya) lalu mengampunkan dosanya; sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
• Nabi Musa AS merayu lagi: "Wahai Tuhanku, demi nikmat-nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku, (peliharalah daku) supaya aku tidak akan menjadi penyokong kepada golongan yang bersalah".
• Setelah Nabi Musa AS meninggalkan Mesir dia membaca doa ini...Dan setelah ia (meninggalkan Mesir dalam perjalanan) menuju ke negeri Madyan, berdoalah ia dengan berkata: "Mudah-mudahan Tuhanku menunjukkan jalan yang benar kepadaku,".
• Wassalam

Comments