Ustaz Mohd Shahidan 270524

Kuliah Maghrib

• Orang yang berjaya adalah mereka yang berjaya dialam akhirat.

• Orang yang beriman hendaklah selalu berdoa agar apabila diakhir hayat nya dia mati secara yang baik. Minta dijauhkan mati kita dalam keburukan.

• Allah SWT merahsiakan saat kematian hamba Nya. Apabila sampai masanya tidak dipendekkan atau dipanjangkan walaupun sedetik.

• Dirahsiakan masa kematian adalah untuk seseorang hamba selalu bersiap sedia. Mati akan menjemput sesaorang itu apabila sampai masanya. Tiada siapa yang tahu.

• Apabila peluang melakukan kebaikan janganlah kita berlengah-lengah. Kerana kebaikan itu disenangi Allah SWT dimasa akhirat kelak.

• Dirahsiakan juga tempat kematian seseorang itu. Takut jika dimatikan semasa berada ditempat yang tidak baik.

• Saidina Umar al-Khattab mati kena tikam semasa bersolat. Semasa hampir kematian dia masih ingatkan orang ramai akan solat. Masih mahu melakukan kebaikan walaupun dia cedera berat.

• Tidak ada sesiapa pun yang tahu bagaimana cara yang dia akan mati. Diceritakan oleh seorang ulama' ada seorang bilal yang mati sebagai seorang murtad. Keluar agama kerana minat akan seorang wanita yang cantik.

• Walaupun sesaorang itu tidak tahu bila dan bagaimana dia akan mati. Tetapi jika dia selalu melakukan ibadah secara konsisten pasti Allah SWT akan pilih nya mati secara yang baik.

• Dikisahkan ada seorang wanita yang selalu membawa suaminya ke masjid dengan menggunakan wheelchair. Kerana suaminya lumpuh. Satu hari ada pengganas menembak ramai orang didalam masjid. Wanita tersebut masuk ke dalam masjid untuk menyelamatkan suaminya. Dia terbunuh kena tembakan. Matinya secara baik. Sebagaiama dia selalu melazimkan dirinya berbakti kepada suaminya. Peristiwa yang terjadi di New Zealand.

• Rasulullah SAW meminang seorang wanita untuk sahabat Julaibib. Seorang berkulit hitam dan miskin. Ibu wanita itu menolak. Tetapi anaknya mahu kerana patuh kepada Baginda. Bila Julaibib syahid di medan perang Uhud. Isterinya diberi rezeki yang melimpah sebagaimana Baginda pernah berdoa.

• Semoga Allah SWT merahmati kita semua dengan kematian yang dimuliakan. Kematian yang baik.

• Wassalam  

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809