Ustaz Dr Nizam 100126

Kuliah Subuh

• Hadis yang dhaif tidak menghalang seseorang itu untuk beramal. Jika amalan itu memang dituntut.

• Sama juga ada hadis yang palsu jika amalan itu tidak bertentangan dengan Quran dan Hadis.

• Amalan yang terkandung dalam hadis dhaif dan palsu jika dilakukan kerana ia tidak bertentangan dengan hukum syariat boleh diamalkan tetapi tidak menyandarkan dengan Rasulullah SAW.

• Zikir dilakukan bukan dalam Bahasa Arab adalah ia dibolehkan ? Jika seseorang itu tidak mampu menyebutnya dalam bahasa Arab maka bolehlah dia lakukan dalam bahasa yang lain.

• Tetapi didalam solat tidak dibolehkan didalam bahasa selain daripada bahasa yang asal.

• Sekiranya setelah memahami makna zikir itu. Seseorang itu hendaklah ucapkan didalam bahasa asal iaitu bahasa Arab.

• Amalan berzikir perlu dibimbing oleh seorang guru yang mursyid.

• Setelah dibimbing oleh seorang guru, tetapi dia tidak mencapai tahap yang dikehendakinya. Maka lebih baik dia mencari guru yang lain. Tanpa memperlekehkan gurunya. Tukar dengan penuh beradap.

• Sekiranya tidak berpeluang menjadi murid kepada guru yang mursyid, maka para ulama menyatakan bahawa dia hendaklah memperbanyakkan selawat keatas Baginda SAW.

• Amalan berzikir yang am tidak perlu diijazahkan oleh gurunya. Tetapi sekiranya ada ia itu lebih baik.

• Zikir didalam tariqat yang tertentu perlulah diijazahkan. Agar fasih dan tidak salah sebutan dan maksudnya.

• Sebaik zikir adalah daripada amalan Baginda Rasulullah SAW.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Rahmatullah 190819

Ustaz Rahmatullah 090725

Ustaz Shamsuddin 090809