Sunday, August 1, 2010
Ustaz Halim Din 280710
• Orang yang selalu melakukan zikir akan terhindar diri daripada dilaknati Allah SWT.
• Selalu mengingati Allah SWT akan menjauhi diri daripada melakukan maksiat.
• Rasulullah SAW juga menyatakan satu golongan orang akan terhindar daripada laknat Allah SWT adalah orang Alim.
Wassalam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Ustaz Abdul Halim 25/07/10
• Para sahabat Rasulullah SAW rajin memberi sedekah. Menginfaqkan harta mereka kepada masjid. Untuk dinikmati oleh semua ahli jamaah.
• Rasulullah SAW juga menasihati para sahabatnya supaya tidak memberi kesemua hartanya untuk diinfaqkan. Tinggalkan juga kepada isi rumah mereka. Serta keluarga yang terdekat.
• Islam ini cukup mudah untuk beramal. Kerana usaha yang sikit tetapi fadilatnya cukup banyak. Sebagai contoh, fadhilat membaca surah Ikhlas sebanyak tiga kali, bersamaan dengan membaca seluruh Al Quraan.
• Membaca surah An Nas dan Surah Al Falaq diwaktu malam memberi barakah kepada sesiapa yang membacanya. Allah SWT memberi pelindungan daripada makhluk yang jahat. Baginda Rasulullah SAW setiap malam beramal dengan membaca surah surah ini.
• Surah Al Mulk juga adalah satu surah yang banyak fadhilatnya. Dengan selalu mengamalkannya maka Allah SWT memudahkan hajat sesaorang itu.
• Amalan bertahlil yang diamalkan oleh masyarakat kita juga satu amalan yang baik. Banyak surah surah yang dibaca dapat mempermudahkan kita mendapat rahmat Allah SWT. Menjauhkan kita daripada perkara yang jahat.
• Syaitan lari daripada rumah yang mana penghuninya membaca Surah Al Baqarah.
Wassalam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Thursday, July 22, 2010
Ustaz Amran Yusuf 22/07/10
• Manusia yang bersolat, akan menggunakan waktu ia bersolat dengan mengenang kembali dosa-dosanya. Bersegeralah dia memohon keampunan daripada Allah SWT.
• Solat lima kali sehari akan membasuhi diri daripada segala dosa. Maka orang yang rajin bersembahyang wajib dan sunat akan bersihlah dirinya daripada dosa.
• Solat juga memperkuatkan iman sesaorang yang kuat mengerjakannya. Ia juga dapat mempertundukkan hawa nafsu sesaorang.
Wassalam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Ustaz Azman 18/07/10
• Manusia hendaklah selalu mengingati Allah SWT kerana nikmat yang diberikan NYA tidak terhitung.
• Malah sepatutunya Allah SWT itu susah hendak manusia melupakan.
• Orang yang lalai daripada mengingati Allah SWT hidup nya tidak bertujuan. Terhumban hambing. Berserabut.
• Kerana tidak mengingati Allah SWT itulah timbul masaalah lalai. Didalam beribadat pun, seperti solat dan membaca quraan pun lalai.
• Sifat iklas juga tibul apabila kita selalu mengingati Allah SWT. Rasa kekuasaan yang hebat yang dipunyai Tuhan. Timbullah rasa keterdilan makluk, rasa takut, rasa kasih, rasa nikmat dan sebagainya.
• Orang yang sering melupai Allah SWT mengundang kemurkaan NYA. Janganlah sampai hingga Allah SWT pula melupai NYA, maka tunggulah akibatnya diakhirat.
• Kesan daripada melupai Allah SWT maka akan timbullah sikap lalai. Disinilah syaitan dan iblis mencuri kesempatan menyajak kita melakukan maksiat. Rugilah lah manusia itu.
Wassalam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Ustaz Amran Yussof 120710
• Melakukan ibadah perlulah bersandar kepada amalan dan sunnah Rasulullah SAW. Janganlah hanya mengikut- ikut sahaja, terutama melakukan sesuatu ibadah khusus bersandar kepada hadith maudhu'.
• Jagalah diri daripada mengikut-ikut sahaja tanpa bersandar kepada nas-nas Al Quraan dan Hadith. Kerana jika tersalah maka sesatlah nanti. Tergolong daripada orang yang rugi.
• Rasulullah SAW membawa risalah Islam. Memberi contoh kepada manusia. Maka perlulah semua amalan dan ibadah yang dikerjakan berlandaskan quran dan hadith.
Wassalam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sunday, July 11, 2010
Ustaz Shamsuddin 11/07/10
• Sesiapa yang mencederakan tubuh badan sesaorang dengan sengaja akan dibalas dengan sama apa yang ia telah lakukan. Hukuman Qisas.
• Balasan ini hendaklah dijalankan dengan tidak mengananyakan sesaorang itu. Perlulah bersikap adil.
• Sekira sesaorang itu mencederakan kaki sesaorang dengan sengaja. Maka wajib diQisaskan dengan mencederakan kakinya juga. Tidak boleh mencederakan anggota yang lain. Tidak boleh juga Qisas dengan berlebihan.
• Sekiranya tidak dapat dijalankan hukum Qisas, maka hendaklah dihukum mengikuti hukum diyat. Satu diyat nilainya 100 ekor unta. Contoh diyat; 10 jari bersamaan satu diyat iaitu 100 ekor unta. Jika satu jari yang cedera maka diyatnya 10 ekor unta.
• Syarat orang yang hendak dijatuhkan Qisas, hendaklah dia;
- waras
- baligh
- dilakukan sengaja
- setaraf
• Ada beberapa anggota manusia yang tidak boleh dijalankan qisas. Tidak boleh memotong lidah kerana ia akan membawa kekacatan.
• Pihak hakim perlu menjatuhkan hukum takzir didalam kes- kes yang mana qisas tidak dapat dijalankan.
• Allah SWT suka kepada orang yang melakukan adil.
Wassalam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Ustaz Redzuan 090710
• Golongan yang sentiasa MENANG adalah orang yang beriman. Orang mukmin umat Muhammad SAW dijanjikan kesejahteraan dunia dan akhirat.
• Allah SWT melindungi Al Quran agar generasi demi generasi. Dapat memikul tugas berdakwah serta mempertahankan kesucian agama.
• Sejarah telah menunjjukkan betapa bersusah payah para mukmin mempertahankan kesucian Allah.
•Kemenangan yang diberikan kepada umat Muhammad SAW, walaupun bilangannya sedikit.
• Lambang kemenangan itu adalah perjalanan Nabi Muhammad SAW, Isra' wal Mi'raj.
Wassalam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Ustaz Haslin 290610
• Orang mukmin yang datang ke masjid dengan berniat untuk mengerjakan kebaikan maka akan dianugerahkan kepadanya pahala seperti orang yang mengerjakan haji.
• Rezeki daripada harta sesaorang;
- makan dan minum
- pakaian
- nafkah dan sedekah
• Haram sesaorang yang berharta itu bersifat kedekut, bakhil.
• Harta yang dimanafaatkan kepada orang lain selain daripada diri dan keluarganya.
Adalah harta yang mempunyai kelebihan.
• Infaqkan harta yang disayangi itu lah sesuatu yang baik. Allah SWT mejaminkan bahawa mereka yang memberi harta untuk kebaikan tidak akan terjejas hartanya.
• Bersedekah itu akan memadamkan kemarahan Allah SWT.
• Berzakat dan mewakafkan harta untuk kebaikan ummah akan membawa kebaikan itu kembali kepada diri yang memberi.
Wassalam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Ustaz Ghazali Hasbullah 300610
• Manusia itu ada lah HAMBA Allah SWT. Tidak lebih daripada itu.
• Semua makhluk dialam ini tunduk kepada Allah SWT. Maka sebagai manusia perlu kita bertanya kepada diri sendiri; Adakah kita tunduk kepada Allah SWT? Hati mesti bersih sebelum jasad dapat tunduk kepada Allah SWT.
• Dibulan Rejab hendaklah kita memperbanyakkan selawat dan salam kepada Rasulullah SAW. Mudah mudahan dilapangkan kuburnya dialam barzah kelak.
• Seorang NAZR itu dapat melihat ciptaan Allah SWT sehingga dapat ia merasakan kebesaran NYA.
• Orang seperti diatas ia mentasdiqkan atau percaya seratus peratus kewujudan dan kebesaran Allah SWT. Serta yakin akan kerasulan Nabi Muhammad SAW.
• Orang beriman akan tetap kepada kepatuhannya akan hukum Allah SWT. Teguh kepada segala suruhan dan larangan.
• Wasilah itu adalah jalan untuk mengenal Allah SWT. Orang yang telah menjumpai akan jalan tersebut maka dinamakan ia seorang yang NAZR.
• Hari ini ramai yang mengaku Islam tetapi tidak mampu menemui jalan untuk mengenal Allah SWT. Kerana hati itu tidak bersih. Masih ada keraguan akan janji Allah SWT.
• Maka perlulah kita mempelajari ilmu tauhid dan tasawuf agar kita tetap didalam syahadah. Serta mempunyai akhlaq yang baik kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW agar dibersihkan hati.
Wassalam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sunday, June 27, 2010
Ustaz Abdul Halim 270610
¤ Hendaklah kita semua membaca Al Quraan. Pada hari kiamat Al Quraan akan datang memberi syufaat kepadanya di hari akhirat.
¤ Dengan membaca kalimah Allah SWT, Nabi Ibrahim RA dapat menghindarkan dirinya daripada dijilat api. Raja Namrud telah mencampakkan baginda kedalam api yang besar.
¤ Al Quraan akan datang kepada orang yang membacanya dihari akhirat kelak. Datangnya dengan didahului dengan surah Al Baqarah dan surah Al Imran. Kedua- kedua surah ini akan menjadi bukti diakhirat kelak.
¤ Orang yang membaca Al Quraan dengan lancar dan betul, sama taraf dengan malaikat. Orang yang boleh membaca tetapi tidak lancar, akan memperolihi dua pahala.
¤ Dengan membaca Al Quraan akan memberi kesan yang baik kepada sesaorang itu. Ia akan menjadi manusia yang baik serta selalu amal soleh. Ibarat buah yang berbau wangi dan sedap rasanya.
¤ Orang mukmin yang tidak selalu membaca Al Quraan disamakan dengan buah kurma. Baik dan banyak kegunaannya tetapi tidak mempunyai bau yang wangi.
¤ Orang munafik yang membaca Al Quraan, umpama minyak wangi yang pahit rasanya. Yang tidak mahu membaca Al Quraan seperti rumput yang tidak berbau wangi serta tidak sedap rasanya.
¤ Allah SWT mengangkat darjat sesaorang yang rajin membaca Al Quraan. Dan menurun darjat sesaorang yang tidak membaca Al Quraan.
Wassalam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Saturday, June 19, 2010
Ustaz Jefri 190610
• Orang yang beriman yakin bahawa diakhirat kelak orang mukmin akan mendapat ganjaran syurga. Orang yang kufur kepada Allah SWT akan mendapat kesengsaraan didalam neraka selama-lamanya.
• Orang yang beriman itu;
- mempercayai dengan bersunguh- sungguh tanpa ragu bahawa tiada tuhan melainkan Allah SWT didalam hatinya,
- melafazkan apa yang didalam hatinya dengan lidahnya
- serta menunaikan segala amalan yang dihukumkan Allah SWT.
• Kejayaan bagi orang yang beriman itu bermula dengan dia mentauhidkan Allah SWT. Terkesan didalam hatinya akan erti kebesaran NYA.
• Orang yang rugi adalah mereka yang tidak mahu mengikut hukum Allah SWT. Tidak beramal soleh dan juga tidak bersyukur akan nikmat kurnia Illahi.
• Syahwat mengajak manusia untuk berkehendakkan dunia. Wanita, anak-anak, harta, emas, wang ringgit. Kehendak ini tidaklah salah jika ia tidak melebihi kehendak agama. Cinta kita kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW hendaklah melebihi segala cinta dan kehendak.
• Nafsu syahwat pula digerakkan didalam hati manusia oleh iblis dan syaitan. Ia akan cuba memujuk manusia dengan berbagai cara untuk melakukan maksiat. Syaitan tidak akan berhenti untuk merasok hati kita untuk menderhaka kepada Allah SWT.
• Orang yang beriman sedia menerima takdir yang berlaku keatas dirinya. Dia yakin bahawa setiap takdir itu adalah daripada Allah SWT serta dia tahu bahawa setiap ketatapan itu adalah yang terbaik untuknya. Hanya ketika itu dia tidak tahu...
• Akal yang berpandu kepada nafsu maka akan rosaklah sesaorang itu. Akal perlu berpandukan hati yang dipandu oleh wahyu Allah SWT. Ia itu Al Quraan dan Hadith.
• Orang yang beriman apabila melakukan ibadah dibulatkan amalan tersebut kerana Allah SWT. Maka bagi mereka semakin banyak amalan semakin tundduk dia kepada kebesaran Allah SWT.
• Setiap amalan yang baik perlu dilihat akan akhirnya. Ada yang bermula dengan baik, tetapi berakhir dengan keburukkan. Ada yang bermula dengan iman tetapi oleh kerana ria' ia terjerumus kedalam kesyirikkan.
• Akhir sekali orang yang beriman sedar bahawa segala amalan dan pahala sebeberapa banyak pun tidak menjamin dia memasuki syurga. Kerana manusia memasuki syurga adalah dengan RAHMAT Allah SWT.
Wassalam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Friday, June 18, 2010
Ustaz Othman Hamzah 180610
¤ Al Quraan itu boleh digunakan sebagai ayat syifa', untuk menjadi ubat. Terutama didalam penyakit yang berupa bukan fisikal. Contohnya sakit akibat rasukkan iblis dan syaitan serta kuncunya jin.
¤ Keadaan siksaan diakhirat juga diceritakan sebagai peringatan kepada orang- orang yang beriman. Betapa dahsyatnya api neraka dan berbagai siksaan.
¤ Rasulullah SAW mengunakan ayat- ayat Al Quraan untuk mengubati sakit para sahabat. Berbagai bagai cara pengubatan serta berbagai jenis penyakit.
¤ Madu lebah itu menjadi penawar kepada manusia. Begitulah dinyatakan didalam kitab Al Quraan.
¤ Terdapat 6 ayat syifaq didalam Al Quraan.
¤ Malaikat juga telah megubat nabi serta mengajar baginda bagaimana hendak mengubati orang orang yang sakit.
¤ Rasulullah SAW pernah membaca doa untuk melindung cucunya Hassan dan Hussien daripada penyakit serta ganguan makhluk halus, seperti iblis, syaitan dan jin.
¤ Hendaklah orang orang yang beriman bahawa yang meyembuhkan segala penyakit adalah Allah SWT.
Wassalam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Ustaz Yussof 060610
¤ Ramai orang ketika ini suka berseronok berlebih- lebihan. Contohnya apabila datang musim bolasepak piala dunia, semua stesyen TV bersunggoh mempromosikan event ini. Sedangkan event yang berunsur agama dan kerohaniah dipinggirkan.
¤ Didalam berseronok ini ramai yang lalai didalam tanggung jawap mereka kepada kewajipan agama. Solat tidak dijaga. Diatas alasan bersukan ramai juga yang berjudi. Seolah olah tidak merasa takut akan azab Allah SWT diakhirat kelak.
¤ Walaupun manusia berhadapan dengan berbagai bencana seperti gempa bumi, banjir, kemarau, kebakaran; tetapi masih lagi melakukan maksiat. Berlumbaa- lumba mengumpul harta hingga kewajipan agama dipinggirkan. Saolah- olah mereka akan hidup didunia ini untuk selama lamanya.
¤ Rezeki yang dinikmati oleh manusia adalah anugerah Allah SWT. Didalam setiap harta ada hak kepada mereka yang berhak.
¤ Walaupun ramai orang tahu megenai dosa dan pahala. Tahu tentang api neraka dan syurga. Tetapi ramai yang tidak yakin. Tidak yakin akan siksaan api neraka. Oleh kerana itulah ramai yang masih melakukan maksiat dengan berterusan. Saolah dosa itu sama sahaja dengan pahala. Neraka itu sama dengan syurga. Maka tunggulah...
Wassalam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Ustaz Shamsuddin 130610
¤ Yang dikecuali daripada Kisas; tetapi tetap berdosa:
- Bapa/ Dato'
- Darjatnya lebih tinggi saperti orang Islam keatas orang kafir, orang merdeka keatas hamba
- Membantu didalam pembunuhan
- Meyuruh orang lain melakukan pembunuhan
- Memaksa orang lain melakukan pembunuh
- Membunuh dengan tidak sengaja
- Orang yang terbunuh tiada waris
- Pembunuhan dilakukan dinegeri bukan Islam.
¤ Orang yang memegang mangsa semasa berlakunya pembunuhan, dihukum penjara seumur hidup.
¤ Sekiranya simangsa tidak ada waris; maka tidak dihukum dengan kisas. Tetapi dikenakan hukum yang sesuai oleh Hakim.
¤ Sesaorang yang melakukan pembunuhan dinegara kafir digugurnya hukum kafir. Kerana timbul keraguan samaada keadilan dilakukan dengan sempurna.
¤ Membunuh dengan cara meletakkan racun kepada orang lain. Walaupun kanak kanak dan orang gila. Orang yang meberi racun atau meletakkan racun adalah bersalah. Mereka dianggap membunuh dengan sengaja dikenakan hukum Kisas.
¤ Sekira sesaorang yang meletakkan rajun didalam satu bekas, serta dimakan racun itu dengan tidak sengaja. Orang yang meletakkan racun itu dianggap pembunuhan serupa sengaja. Dihukum yang lain daripada kisas.
¤ Orang yang mencampakkan sesaorang didalam air atau kedalam api. Dan orang yang dicampakkan itu mati, maka perbuatan itu dianggap pembunuh sengaja. Perlu dihukum kisas.
¤ Sekiranya orang yang dicampakkan kedalam air itu mati akibat dimakan oleh ikan, buaya atau dipatuk ulur; maka yang mencapakkan itu melakukan pembunuh saperti sengaja. Tidak dikenakan kisas tetapi kena hukuman diyat.
¤ Sekiranya sesaorang yang mati akibat dicekik selepas beberapa waktu, yang mencekek itu boleh dijatuhkan hukum membunuh saperti sengaja.
Wassalam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Ustaz Rusmaidi 10/06/10
¤ Al Quraan memberi amaran bahawa manusia jangan MENDEKATI zina.
¤ Maka wajib ummah menutup apa sahaja jalan yang membolehi orang medekati zina. Apatah lagi orang yang melakukan perzinaan. Secara terbuka lagi.
¤ Tetapi jika masyarakat memandang kecil perbuatan maksiat. Dibiarkan perbuatan zina dan maksiat berlaku tanpa diberi apa apa teguran dan halangan maka tunggulah. Datangnya azab dan bala' daripada Allah SWT.
¤ Didalam surah An Nur Allah SWT menyuruh orang mukmin menundukkan pandangan mereka. Daripada memandang perkara yang haram
¤ Orang perempuan janganlah bercakap dengan lemah lembut. Apa lagi menyanyi dan menari?
¤ Rasulullah SAW menyuruh kita menjauhkan diri daripada zina. Azab orang berzina;
- dikurangkan rezeki yang halal
- umurnya tidak diberi keberkatan
- apabila roh hendak keluar ketika maut, susah untuk mengucap
Di Akhirat kelak
- Allah SWT murka melihatnya
- Diikat mereka dengan rantai- rantai besi
-Allah SWT menyiksa dengan kuat kerana mereka yang berzina itu tidak malu kepada NYA.
¤ Jagalah diri dan keluarga daripada ZINA
Wassalam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Ustaz Naim 231126
Kuliah Maghrib https://www.facebook.com/share/v/1Kg7uGBzgD/ ☪️ Seorang mukmin hendaklah fokus kepada kehidupan dan apa yang hen...
-
Kuliah Subuh https://www.facebook.com/share/v/1HdTEWJzuX/ • Jahar semasa solat fardhu bermaksud membaca bacaan solat dengan suara yang jelas...
-
Kuliah Maghrib • Hadis yang diriwayatkan oleh sahabat Anas bin Malik apabila ditanya oleh Qatadah ibn Di‘amah mengenai uban pada Rasulul...
-
Kuliah Maghrib ✓ Orang yang beriman apabila mereka melakukan ibadah difokuskan kerana Allah SWT. Tidak ada matlamat yang lain. ✓ Ada orang y...