Dr shihabudin 070808

KELEBIHAN AkHLAQ DLM ISLAM

• Akhlaq itu mencerminkan Iman sesaorang. Kualiti iman itu ada 'corelated' dengan akhlaq. Ini sebagai 'observable behaviour'. Rasulullah SAW pernah sabda malu dan iman itu sama sama. Jika malu hilang maka hilanglah imannya.

• Rasulullah SAW bersumpah tidak beriman sesaorang yang tidak kenal akan jirannya. Yang mana jirannya tidak berasa aman daripada nya

• Kalau sesiapa yang mengaku dirinya beriman. Baginda Rasulullah SAW berpesan bila berkata-kata hendaklah kata yang baik. Kalau tidak lebih baik dia diam sahaja.

• Akhlaq sesaorang itu juga mencerminkan ibadahnya. Orang yang jujur didalam mengerjakan ibadat kepada Allah SWT akhlaqnya juga cantik. Sehingga akhlaq itu boleh dijadikan 'yard stick' ibadahnya.

• Nabi Muhammad SAW banyak berdoa agar Allah SWT memberi pertunjjuk agar diberi akhlaq yang cantik dan elaklah daripada akhlaq yang buruk.

• Didalam Al Quran banyak ayat yang menfokuskan kepada akhlaq. Dua puluh lima peratus daripada ayat ayat Al Quran tersabit pada perkara yang berkait dengan akhlaq.

• Didalam Islam akhlaq sifatnya RABBANI. Iaitu bersifat ketuhanan. Serta universal. Tidak mengenal siapa dan dimana.

• Akhlaq juga didalam agama Islam memberi satu standard bagaimana hendak menjalankan kehidupan harian, 'way of life'
• Akhlaq didalam Islam tidak boleh dibatas dengan pemikiran lojik sahaja. Ada perilaku yang diwahyukan. Maka ikut sahajalah kerana manusia mungkin tidak dapat memahami nya dengan sepemuhnya.

Wassalam.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914