Ustaz Shamsuddin 100808

Kuliah Subuh di Masjid Al Huda Shah Alam, hari Ahad 10hb August 2008.

Diyat adalah ganti rugi yang dituntut oleh si-mangsa sebelum dimaafkan dan dielak daripada hukum QISAS

Perkara yang dikenakan diyat.
• Pembunuhan yang serupa sengaja
• Pembunuhan yang tidak disengajakan
• Pembunuhan yang disengajakan dikehendakki membayar selepas dimaaf oleh ahli waris.

Hukuman Takzir

Hukuman dera kepada penjenayah yang telah dapati salah oleh mahkamah syariah.

Hukuman yang akan dikenakan ini tidak termasuk didalam hukum Qisas ataupun Diyat. Hukum Takzir dijalankan selepas mahkamah mendapati yang kesalahan yang dibuat bukan daripada peruntukkan yang termaktub didalam jenayah yang wajib dihukum mengikut hudud.

Hukum Takzir di jatuhkan mengikut budibicara para hakim.

Hakim wajib menjalankan tugasnya bila tersabit kesalahan dimahkamah syariah. Maka dihukumkan mengikut yang termaktub didalam Al Quran dan Hadith.

Perundangan Syariah mengikut hukum yang termaktub didalam Quran dan Hadith. Tidak menggunakan logik ataupun 'precedence' semata-mata. Hukum Islam 'foundation' nya berasas kepada wahyu Illahi. Hukum kufur fasik daripada wahyu Allah SWT sedangkan mereka juga telah diberikan ilmu.

Hukum syariat dijalankan untuk menjaga kesucian dan kedudukkan agama ISLAM. Supaya orang mukmin tidak terpesung daripada aqidah yang benar. 'Preventive measures' daripada kes-kes murtad.

Hukum hudud juga dijalankan untuk menjaga keselematan jiwa dan fizikal orang awam daripada penjenayah.

Hukum ini juga untuk memastikan kewarasan akal. Supaya masyarakat tidak terjebak kedalam kancah perbuatan yang akan merosakkan akal manusia itu sendiri. Contohnya meminum arak dan mengambil dadah.

Hudud juga memastikan manusia ini mempunyai nasab keturunan yang terpelihara. Mencegah manusia daripada perbuatan zina. Kerana berzina itu adalah perbuatan yang merosakkan kemanusian itu sendiri. Supaya tidak hilang sifat kemanusiaan dikalangan masyarakat.

Wassalam.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914