Ustaz Yusof 030808

Kuliah Subuh yg disampaikan oleh Ustaz Yusof daripada JAKIM di Masjid Al Huda.

Apabila seorang mukmin mati maka ibadahnya lah yang akan membantunya. Solat, Puasa, Zakat dan Amal Jariah yang lain. Bila ditanya tentang Nabi Muhammad SAW dan dapat dijawabnya maka kuburnya dibesarkan 70 Hasta.

Hari ini orang yang beriman menghadapi berbagai cabaran untuk menjalankan tanggung jawabnya terhadap berdakwah serta beribadat. Mereka akan ditentang olih orang munafik dan orang kafir. Bagaimanakah cara untuk menangani hal sedemikian?

Perlulah kita bertegas didalam menyebarkan risalah Islam. Yang benar dan yang bathil tetap tidak sama. Memperkasakan kesucian message yang benar hendaklah dijalankan dengan sikap amanah. Yakin yang segala amalan akan mendapat ganjaran didalam kehidupan selepas mati.

Allah SWT telah berfirman yang bermaksud bahawa syaitan itu adalah musuh kita.

Mereka merasap kedalam tubuh kita sebagaimana mengalir darah keseluruh badan.

Syaitan itu jahat dan tetap berusaha untuk menyesatkan anak anak Adam tanpa tidur. Menyusup didalam hati mereka untuk memutar belitkan suasana bagi menjurus manusia kekancah maksiat dan kekufuran.

Seorang wali pernah bertanya kepada syaitan bagaimana dia merasuk manusia. Syaitan menyatakan dia memesungkan manusia ketika dia marah.

Syaitan juga mengajak manusia mengikuti gerak hati nafsu syahwat tanpa dikawal. Memuaskan nafsu pada wanita, makan dan kekayaan. Begitulah yang terjadi kepada segelintir orang yang terjebat didalam kegiatan rasuah, judi, arak, dadah serta zina.

Orang yang beriman hendaklah berterusan menyerjakan ibadah. Bersembahyang jemaah dan terus menerus mencari ilmu.

Hasad dengki juga merupakan satu jalan syaitan untuk menyesatkan manusia. Suka menjatuhkan orang lain semata-mata kerana orang tersebut itu mempunyai kelebihan orang lain.

Hendaklah manusia berwaspada dengan tipu daya syaitan yang bertekat untuk menyesatkan orang orang yang beriman.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914