Ustaz Rahmatullah 190819
Kuliah Maghrib ✓ Rasulullah SAW mengesyorkan para sahabat melakukan solat malam di rumah masing masing. Ini kerana baginda kuwatir yang solat malam ini akan diwajibkan. ✓ Tetapi apabila sahabat melakukan nya di rumah masing masing didapati ramai yang kurang bersemangat dilakukan. Maka baginda memanggil para sahabat untuk menceritakan akan kelebihan solat malam. ✓ Selepas itu para sahabat pun tekun melakukannya. Baginda menyatakan bahawa solat malam yang elok sekali adalah yang berdiri lama. Baginda membaca ayat Quran dengan panjang dan perlahan-lahan. ✓ Isteri Rasulullah SAW bernama Zainab berdiri dengan lama apabila solat diwaktu malam. Kerana terlalu mengantuk beliau berpaut dengan seutas tali yang diikat ditiang masjid. ✓ Setelah Baginda melihat perbuatan tersebut maka disuruh para sahabat melepaskan ikatan tali tersebut. Disarankan semasa solat berdirilah dengan keadaan yang selesa. Untuk mengekal tenaga untuk bersolat malam adalah dengan tidur sekejap diwaktu siang sebelum Zuhur. ...
Comments