Kuliah bulanan UniKL MIAT 220808

Ustaz Yusni Haniff daripada SMA Salak Tinggi, Selangor. Tajuk kuliah yang di sampaikan adalah Kemuliaan Ramadhan.

• Perlu untuk orang yang beriman membuat persiapan yang rapi bagi menyambut kedatangan bulan yang dianggap paling mulia didalam bulan- bulan Islam. Ia itu bulan Ramadhan Al Mubarak.

• Membuat persediaan fizikal disunatkan kita berpuasa dibulan Sya'ban.

• Menuntut ilmu itu penting untuk menghadapi amalan fardhu puasa di bulan Ramadhan. Supaya kita beribadat dengan yakin kepada perintah yang diwahyukan. Kefardhuan puasa telah difardhukan bukan sahaja kepada umat Muhammad SAW tetapi juga umat- umat Nabi- Nabi yang terdahulu.

• Ibadah puasa yang diwajibkan adalah cuma sebulan dalam setahun. Jadi tentulah ia tidak membebankan ummat. Ini bertetapan dengan prinsip bahawa Allah SWT tidak membenban hambaNya didalam syariat agama. Mengetahui yang hambanya dapat mengerjakannya demi kebaikan rohani dan jasmani mereka.

• Sesaorang hamba selain daripada patuh kepada Allah SWT hendaklah mempunyai satu sifat yang mengharap akan keredhaan Nya.

• Puasa merupakan satu ibadah yang berat dikerjakan melainkan bagi orang-orang yang beriman. Apatah lagi menjalankan puasa- puasa sunnat.

• Ibadah- ibadah yang perlu diseiringkan dengan ibadah puasa adalah seperti berikut:

- membaca dan memahami isi Al Quraan

- mempelajari tafsir Quraan

- memperbanyakkan amalan sedekah terutama harta yang dicintai

- sedekah yang paling baik adalah kepada orang yang paling dekat dengan kita. Orang miskin. Anak Yatim.

- memberi makan kepada orang yg sedang berbuka puasa. Pahalanya samalah dengan orang yang berpuasa.

- memperbanyakkan doa. Allah SWT tidak akan menolak doa orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka

- menghidupkan malam dengan solat- solat sunnat. Sunnat Tarawih secara berjemaah. Kelebihannya dari segi kelebihan pahala dan juga dari segi kesihatan.

- disertakan dengan keindahan solat tahajut untuk mencantikkan malam di bulan yang mulia ini.

Wassalam





Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914