Khutbah Jumaat 010808

Khatib: Ustaz Rusli Mokhtar
Tempat: Surau Saidina Ali, UniKL MIAT (surau bertauliah JAIS untuk bersolat jumaat)

Khatib memberi pujian kepada Allah SWT dan bersalawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Menyeru semua untuk bertakwa kepada Allah SWT.

Sejarah telah memperlihatkan kepada umum bahawa banyak kerajaan dan empire runtuh setelah sekian lama bertakta.

Kekuasaan sesuatu bangsa ada tempuhnya. Bila sampai masanya maka jatuhlah kuasanya.

Menang dan kalah itu silih berganti supaya manusia tahu menilaikan kehidupan ini. Serta dapat menginsafi akan kedudukan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda akan datang masanya kuasa akan berpisah dengan kitab. Maka berpeganglah dengan Al Kitab. Walaupun diri disiksa. Sebagaimana umat Nabi Isa RA. Yang sanggup mati kerana memperjuangkan risalah Allah SWT.

Allah SWT menjanjikan kemenangan kepada sesiapa yang berpegang teguh dengan ajaran agamanya ISLAM.

Oleh demikian mimbar mengajak semua mukminin untuk berpegang kuat dengan jalan agama yang lurus.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914