Ustaz Ahmad Dahsuki 130509

Kuliah Maghrib
Hak Orang Mukmin

• Orang mukmin itu teristimewa sekali wujudnya. Membawa kesejahteraan kepada orang sekelilingnya

• Selalu mencari usaha untuk membawa keadilan dan setaip pagi mencari jalan membantu orang yang dizalimi. Mencari cari peluang untuk menunaikan hajat orang Islam. Pahala bagi orang sedemikian bersamaan dengan orang yang menunaikan haji.

• Saorang muslim dengan saorang muslim yang lain; Bila berjumpa memberi salam; Mendoakan jiran dan sesama muslim; Menziarahi orang yang sakit; Apabila dijemput hendaklah diterima; Memberi nasihat bila perlu; Menyembayangkan dan mengiringi jenazah seorang mukmin kekuburnya.

• Allah SWT menyayangi seorang yang memberi manafaat kepada saudaranya. Panjang umurnya jika sesaorang mukmin itu selalu membawa kegembiraan kedalam jiwa sesama mukmin.

• Melayani tetamu itu membawa barakah kepada sesaorang. Apa lagi apabila yang datang itu menghendaki sesuatu hajat, serta dipenuhi hajat tersebut.

• Orang mukmin mendirikan solat dan menunaikan zakat serta menjauhi dirinya daripada melakukan perbuatan yang membawa kepada syirik kepada Allah SWT. Hendaklah setiap mukmin menjadi hamba kepada Allah SWT dan melakukan kebaikan kepada kedua orang ibu-bapa.

• Tidaklah seorang mukmin itu memasuki syurga sekiranya dia menderhaka kepada kedua orang ibu- bapanya.

Wassalam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914