Ustaz Sapidin 180509

Al Quraan

• Allah SWT yang menurunkan Al Quraan dan DIA lah yang menjaga kitab tersebut.

• Semenjak diturunkan ramai musuh- musuh Islam cuba menyelewengkan Al Quraan, tetapi tidak berjaya.

• Begitulah juga umat Islam yang menghadapi ujian yang berat sepanjang sejarahnya. Ada yang terbunuh dan kehilangan kampung halaman. Serangan itu datang pelbagai cara yang dahsyat. Tetapi sebahgian umat Islam tetap berdiri teguh pada hari ini.

•Insyallah umat Islam tetap utuh. Hingga disatu masa yang akan ditetapkan oleh Allah SWT. Peranan Al Quran didalam benteng ini cukup kuat.

• Seorang Muslim harus sedari bahawa dia harus bangunkan dirnya dengan ajaran ajaran didalam Al Quran. Perlu ia sedari bahawa dunia ini adalah tempat sementara. Akhirnya dia akan mati jua.

• Didalam Suran Yasin ayat yang ke 29, diceritakan keadaan manusia dihari qiamat. Manusia semua serta merta akan mati setelah ditiupkan sangkakala.

• Quraan juga menceritakan tetang peristiwa yang menimpa manusia pada hari pembelasan kelak.

• Didalam Al Quran juga memberitahu apa kesudahan manusia yang engkar kepada hukum Allah SWT. Dihari akhirat kelak mereka akan dibinasakan.

• Manusia juga semasa didunia ini diturunkan bala' kerana tidak mahu mengikut larangan Allah SWT. Tregedi tsunami, gempa bumi, aids, selsema burung, selsema babi dan sebagainya. Amaran tersebut memang dinyatakan oleh Al Quran kepada manusia.

• Al Quraan juga memberi amaran kepada manusia bahawa iblis itu memang musuh yang nyata. Iblis yang selalu merasuk manusia supaya menjauhi jalan kebenaran.

• Janji Allah SWT menjanjikan ganjaran didunia dan diakhirat bagi orang- orang yang beriman dan beramal soleh.

• Begitulah panduan Al Quran kepada manusia yang beriman. Yang akan membawa mereka kepada kejayaan. Keimanan ini adalah disebabkan mereka percaya kepada segala suruhan dan larangan Allah SWT yang mereka pelajari daripada kitab suci Al Quran.

Wassalam

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914