Ustaz Yussuf 030509

Kuliyah Subuh

• Keadilan didalam ajaran Islam merupakan teras nya. Meletakkan sesuatu pada tempatnya. Asas pembinaan peradaban moral yang murni.

• Islam membenarkan yang BENAR dan menyalahkan yang SALAH. Menegakkan keadilan didalam masyarakat.

• Hukum Allah SWT adalah ketetapan yang paling adil sekali. Jadi teras keadilan didalam Islam adalah hukum AL QURAN dan SUNNAH RASULULLAH SAW.

• Walaupun landasannya telah sedia ada didalam Islam. Tetapi masih ada orang Islam yang berani mempertikaikan hukuman yang ada didalam AL QURAN. Contohnya terdapat ramai kaum wanita yang masih tidak dapat menerima yang pihak lelaki mendapat dua kali lebih bahagian harta pusaka didalam hukum faraid.

• Semua orang diwajibkan memeberi keadilan kepada yang haknya. Tidak melakukan demikian boleh ditafsirkan sebagai kezaliman. Saorang peniaga perlu melayan dengan baiknya tanpa memilih status social pelanggan tersebut. Seorang doktor perlu memeriksa pesakitnya dengan teliti tanpa memilih pesakit yang tetentu sahaja.

• Seorang hakim, pendakwa dan saksi wajib berlaku adil. Menjadi satu dosa yang besar bagi mereka jika tidak melaksakan keadilan dengan telus dan ikhlas. Keadilan didalam Islam tidak memilih status sesaorang itu. Yang bangsawan ataupun yang miskin sama didalam sistem keadilan Islam. Yang salah tetap salah.

• Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya hancurlah masyarakat dahulu kerana jika sesaorang yang mencuri dikalangan bangsawan mereka tidak dihukum. Tetapi jika yang mencuri itu daripada kalangan orang miskin mereka menghukumnya. Baginda bersumpah keadilan didalam Islam tidak begini, malah jika puteri baginda, Fatimah, yang melakukan kesalahan tersebut pasti akan menerima hukumannya.

Wassalam


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914