Ustaz Haslin 260509

Kuliah yang disampaikan di Masjid Al Huda, seksyen 19, Shah Alam

Manusia hendaklah hidup didunia ini berkerja dan berusaha untuk mendapat keredhaan Allah SWT. Kerana sesiapa yang diredhai NYA akan disayangai NYA. Maka tercapailah dia akan kesejahteraan hidup didunia dan diakhirat.

Orang yang beriman meredhakan Islam sebagai agamanya, Bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW itu sebagai Rasulullah. Perkara ini dipraktikan didalam kehidupan. Mengingati Allah SWT dengan menyebut Bismillahirahmanirahim didalam segala perbuatan.

Seorang muslim yang mencari keredhaan Allah SWT diakhirat kelak sentiasa menjaga kehormatan dirinya dengan menjaga keimanannya, pemikirannya dan akhlaqnya.

Adab hendaklah sentiasa dijaga oleh orang beriman. Dijaganya lisan agar tidak berkata-kata dengan cara saolah dia tidak bersyukur kepada Allah SWT. Perihal diri orang yang beriman yang tunduk serta patuh dengan redha kepada ketentuan Allah SWT.

Dia yakin yang diakhirat kelak akan dipersoalkan kepadanya akan perbuatannya didunia ini.

Orang yang beriman yakin akan pertemuannya dengan Allah SWT diakhirat kelak. Dia yakin bahawa mereka yang diredhakan oleh tuhanya akan mendapat ganjaran yang berlipat ganda didalam kehidupannya sesudah mati. Dia yakin akan mendapat kubur yang luas dan bercahaya melebihi apa yang pernah dinikmatinya didunia ini. Alam yang ghaib itu tetap ada dan yakinlah dia.

Orang yang yakin akan pertemuannya dengan tuhannya diakhirat kelak akan sentiasa merendah diri. Jauh daripada sifat takbur didunia ini. Kerana dia takut jika dia mempunyai sifat tersebut tidak akan diterima Allah SWT sebagai penghuni syurga.

Wassalam


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914