Ustaz Uda Kassim 140509

Kuliah Maghrib

BERLAKU ADIL

• Didalam syariat ISLAM terdapat beberapa hukum yang menuntut orang mukmin supaya berlaku adil.

• Berbuat baik kepada orang lain dan jangan berlaku zalim kepada orang lain. Sesiapa yang melakukan kebaikan kepada orang lain kebaikan itu akan kembali kepada dirinya sendiri.

• Perlakuan adil didalam Islam tidak memilih bulu. Pernah khalifah Islam amirul mukmin saidina Omar menjatuhkan hukum sebat keatas anaknya sendiri oleh kerana melakukan kesalahan merogol seorang wanita ketika dia mabuk..
Walaupun ramai orang merayu tetapi baginda teruskan sebatan. Akhirnya anaknya meninggal dunia. Sebagai seorang amirul mukminin baginda memastikan keadilan berlaku keatas keluarganya sendiri sebelum dia memastikan keadilan didalam masyarakat.

• Didalam sistem kemasyarakatan Islam diharamkan pengambilan RIBA. Tujuan pengharaman ini merupakan sistem untuk memberi keadilan kepada semua. Didalam Islam terdapat sistem zakat untuk memastikan keadilan sosial.

• Didalam Islam keadilan sosial dinikmati oleh semua masyarat. Termasuk orang kafir yang tidak memusuhi Islam.

• Didalam sejarah Islam sistem keadilan yang sempurna dijalankan keatas semua raayat dibawah pemerintahan Islam.

Wassalam

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914