Ustaz Zaid 300509

Sifat Sifat Pencinta Masjid

¤Beriman kepada Allah SWT
Orang yang beriman itu bagaikan sebatang pokok yang baik. Sihat akar dan pohonnya mengeluarkan buah yang baik.

Tetapi orang yang tdak beriman bagaikan pokok yang rosak dan akar yang sakit. Dahan dan buahnya rosak.

Orang yang beriman hati mereka baik. Orang yang tidak beriman hati mereka busuk.

Orang yang beriman;
- Tahu nama nama Allah SWT
- Tahu sifat sifat Allah SWT
- Mematuhi hukum Allah yang wajib, sunat, makhruh, haram dan harus.

¤Beriman kepada hari akhirat
Tahu akan hakikat yang ia akan mati. Bila ia mati ia akan pergi kealam BARZAH.

Allah SWT akan membangkitkan kita semula setelah berada dialam kubur. Disitu kita bertemu dengan Alam Mahsyar. Dimana kita akan diistiharkan keputusan sama ada kita berjaya ataupun gagal. Yang berjaya akan kesyurga dan yang gagal akan keneraka. Bagi yang gagal akan menyesal sambil merayu kepada Allah SWT supaya dikembalikan kebumi untuk mereka beramal soleh..

¤Mendirikan solat
Sifat ketiga pencinta masjid adalah orang yang MENDIRIKAN sembahyang. Ia itu orang yang khusyu' didalam solat.

Sembahyang juga adalah tiang agama. Dapat menghindarkan diri daripada perbuatan mungkar.

¤Mengeluarkan Zakat
Wajib bagi mereka yang sudah cukup haulnya mengeluarkan zakat. Bagi mereka yang tidak mengeluarkan zakat maka diakirat nanti akan dibakar oleh apai neraka.

Mengeluarkan zakat akan membersihkan diri dan harta diakhirat kelak.

¤Takut hanya kepada Allah SWT
Bertaqwa kepada Allah SWT dengan menjalankan segala yang disuruh dan menjauhkan diri daripada larangan NYA. Merasa bahawa Allah SWT sentiasa melihat akan apa segala perbuatan kita. Merasa takut dan malu kepada Allah SWT apabila melakukan perkara yang maksiat dan berdosa.

Para pencinta masjid saperti sifat diatas merekalah yang mendapat pertunjjuk dan hidayah daripada Allah SWT.

Wassalam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914