Ustaz Fakrul Anuar 131111

Ustaz Fakrul Anuar 131111

Kuliah Subuh

Allah SWT telah memerintahkan kepada manusia untuk memperbanyakkan amalan- amalan yang soleh.

Orang mukmin yang berada diatas landasan agama Islam yang benar apabila mereka mengerjakan amal makruf dan nahi mungkar serta mereka berjihad dijalan Allah SWT.

Malapetaka yang akan menimpa umat Islam adalah apabila mereka suka kepada kejahilan dan suka kepada kehidupan.

Ganjaran juga diberikan kepada orang mukmin yang sukakan kepada Al Quraan dan Sunnah, seperti ganjaran 50 orang siddiq.

Amal makruf mempunyai pengertian yang membawa kepada mengajak orang untuk menunaikan hukum Allah SWT. Tuntutan hukum hudud itu merupakan sesuatu yang besar didalam amalan ini.

Orang mukmin juga berusaha berterusan menjalankan pencegahan masyarakat daripada melakukan maksiat. Diwujudkan sistem yang menghalang manusia drp melakukan jenayah, penipuan, pencurian dan perkara maksiat.

Amal makruf dan nahi mungkar yang penting didalam hukum Islam adalah hukum hudud. Menjalankan hukum hudud dikalangan umat Islam adalah satu kewajipan. Perkara ini ditegaskan Allah SWT didalam Al Quraan. Serta Baginda SAW juga didalam hadith bertegas akan melaksanakan hukum hudud.

Berjihad untuk bersama-sama berusaha menegakkan hukum Allah SWT. Mereka yang membantu untuk melaksanakan hukum Hudud maka Allah SWT akan bersama sama dengannya membantu untuk meringgankan masaalah perlaksanaan hukum tersebut.

Ramai dikalangan masyarakat keliru akan tuntutan amal makruf dan nahi mungkar. Malah ada yang merasakan cukuplah dengan mengerjakan amal makruf sahaja. Apa pula dengan amalan nahi mungkar? Kekeliruan ini juga telah menular kedalam sistem pentadbiran negara.

Orang Yahudi dan Nasara akan menentang akan wujudnya sistem Islam. Didalam Al Quraan juga telah diberi amaran kepada umat mukmin akan perseteruan mereka terhadap pegangan dan prinsip Islam. Mereka akan menggunakan berbagai cara supaya orang mukmin tidak akan berjaya menjalankan kerja-kerja amal makruf dan nahi mungkar didalam masyarakat Islam.

Apabila Kerajaan Perancis menjajah negara- negara Arab, mereka telah menukar hukum sebat orang yang tersabit kesalahan berzina kepada hukuman penjara yang tidak melebihi dua tahun sahaja.

Masyarakat yang bermastautin didalam negara yang melaksanakan hukum hudud telah merasakan satu situasi yang aman dan selamat serta diri mereka cukup terjamin daripada kezaliman. Perlaksanaan hukum tersebut adalah dengan teliti serta adil.

Wassalam/

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914