Ustaz Ghazali Omar 011111

Ustaz Ghazali Omar 011111
Kuliah Maghrib

1. Nabi Ibrahim RA menghadapi berbagai ujian didalam kehidupan baginda. Menanti sehingga umur 60 tahun untuk mendapatkan seorang anak. Setelah anaknya itu sedang membesar, bertambah kasih baginda kepada anaknya, datang pula perintah Allah SWT untuk dibawa dan tinggalkan diMekah. Daerah yang kering tiada sebatang pokok...

2. Siti Sarah pula akur apabila ia mengetahui bahawa dia dan anaknya ditinggalkan oleh suaminya kerana perintah Allah SWT. Lambang keimanan yang tulen. Cukup hebat seorang isteri yang sanggup melakukan apa sahaja yang diperintahkan Allah SWT.

3. Anak Nabi Ibrahim AS juga seorang yang hebat imannya. Nabi Ismail RA apabila diketahui bahawa Allah SWT telah memerintahkan bapanya untuk menyembelehnya, redha dengan setulus hati yang ikhlas.

4. Berkisar kepada peristiwa inilah ibadah haji itu diwajibkan kepada setiap orang mukmin. Seumur hidup sekali.

5. Tuntutan ibadah qurban juga dijadikan amalan diatas peristiwa Nabi Ibrahim yang diperintah Allah SWT untuk mengurbankan anaknya sendiri. Jadi ibadah korban yang dihukumkan kepada orang mukmin hari ini tidaklah sama dengan qorbannya Nabi Ibrahim. Sedikit sahaja yang diperintahkan....

6. Ibadah qurban itu hukumnya sunnat bagi yang mampu. Fadhilatnya cukup banyak. Setiap titisan darah yang mengalir daripada binatang qurban akan memohon keampunan daripada Allah SWT kepada orang yang menjalankan qurban.

7. Daging qurban juga dijadikan sebagai kegembiraan kepada orang orang yang miskin.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914