Ustaz Masran 261111

Kuliah Maghrib

1. Mencarilah jalan menuju kepada Allah SWT. Dibulan dan hari yang baik bersempena dengan kemunculan tahun Hijrah yang baru hendaklah kita berusaha memperbaiki diri. Seperti bersolat jemaah dengan istiqomah. Dan juga melakukan ibadah lain yang dituntut.

2. Allah SWT menjadikan manusia dibumi ini sebagai khalifah. Perkara ini diceritakan didalam Al Quran. Yang menyatakan yang Allah SWT memberitahu kepada para malaikat akan hasrat tersebut. Ketika itu alam ini pun mungkin belum ada lagi.

3. Hijrah itu disegi bahasa adalah perpindahan daripada yang kurang baik kepada yang baik. Didalam konteks Islam, hijrah itu adalah perpindahan yang dituntut daripada segi agama.

4. Rasulullah SAW berpindah dari Mekah ke Madinah. Perpindahan itu bukan kerana kekurangan makanan, atau harta, atau kehilangan keluarga, tetapi semata mata kerana agama Islam.


5. Ayat Al Taubah 40,

إِلاَّ تَنصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللّهُ إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِينَ كَفَرُواْ ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لاَ تَحْزَنْ إِنَّ اللّهَ مَعَنَا فَأَنزَلَ اللّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَّمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذِينَ كَفَرُواْ السُّفْلَى وَكَلِمَةُ اللّهِ هِيَ الْعُلْيَا وَاللّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.


6. Didalam ayat tersebut diatas dinyatakan Allah SWT membantu dengan tentera yang kamu tidak nampak. Perkara ini terjadi didalam peperangan badar. Dimana tentera Islam yang kecil bilangannya dapat mengalahkan tentera kufar yang bilangannya itu berganda ganda bilangannya.

7. Ayat tersebut juga menjadi amaran kepada sesiapa yang menyangka bahawa mereka dapat menghapuskan agama Allah SWT. Sesiapa yang menentang jalan yang baik, jalan agama Allah SWT pasti menerima balasan daripada NYA. Yang akan menang itu pasti Agama ISLAM.

8. Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu bersama dengan sahabat yang cukup patuh dan sayang kepada baginda. Ia itu saidina Abu Bakar RA, yang juga disebut secara sohehnya didalam ayat Quran yang tersebut diatas. Para ulama' meletakkan Saidina Abu Bakar RA sebagai sahabat yang tertinggi kedudukkannya.

9. Pengorbanan Rasulullah SAW dan para sahabat berhijrah adalah kerana mengharap rahmat Allah SWT. Rahmat syurga.

10. Orang yang beriman hendaklah berusaha berhijrah diri sendiri, keluarga dan masyarakat terdekat, daripada yang kuramg baik kepada keadaan yang lebeh baik.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914