Ustaz Jefri 191111

Ustaz Jefri 191111
Kuliah Maghrib


Membaca Al Quraan
Orang yang bijaksana sentiasa mendampingi Al Quraan. Gambaran cinta sesaorang hamba kepada Allah SWT. Saidina Usman mati ketika dia sedang membaca Al Quraan.

Kefahaman isi Al Quraan
Setaip kali membaca akan meningkat kefahaman. Apabila dibaca berulang maka akan meningkat kefahaman. Sehinggalah sampai keperingkat TADDABUR (Memperinci akan maksud Al Quraan).

TADDABUR AL QURAAN
Apabila diulangi membaca dan meneliti Al Quraan dengan tekun, maka isinya dan maksudnya menusuk kedalam hati pembaca. Peringkat selanjutnya adalah TAFAKUR. Berfikir dan merenung ayat tersebut dengan khusyu'. Al Quraan diturunkan semasa umat Islam ditindas, keadaan sedih dan berdukacita. Maka apabila membaca maka hendaklah merasakan kesedihan para sahabat, terutama ayat- ayat Makiah.

Keadaan semasa Ayat Al Quraan
Semasa ayat Al Quraan mula diwahyukan kepada Rasulullah SAW bermula di Mekah selama 13 tahun. Rasulullah SAW tidak diterima oleh kaumnya sendiri apabila wahyu mula diterimanya. Semakin banyak wahyu diturunkan, semakin kuat penentangan kepada risalah Islam. Sekira ayat Al Quraan itu diturunkan kepada gunung maka tidak sanggup ia menerimanya. Begitulah beratnya tanggung jawap yang dipikul oleh Rasulullah SAW. Dipikul dengan bersungguh sungguh, sehingga sanggup berperang dan berjihad untuk meneggak agaran dan perintah yang berada didalam Al Quraan.

Beriman dengan Al Quraan
Berpegang dan beriman dengan Al Quraan itu adalah salah satu rukun iman. Sesiapa yang menentang hukum yang diperintahkan didalam Al Quraan maka dengan sendirinya akan gugurlah syahadahnya. Begitulah juga setaip suruhan yang diwajibkan didalam Al Quraan hendaklah dijalankan oleh setiap orang mukmin.

Zuhud
Orang yang beriman dengan Al Quraan serta bertaddabur dengannya maka akan sampailah keperingkat zuhud. Diperingkat ini mereka telah meletakkan akhiratnya prioriti yang lebih daripada kehendak dunia. Malah sekiranya amalan dunia itu tidak membawa apa apa kebaikan kepada dirinya diakhirat kelak, maka amalan tersebut akan ditinggalkan

Mukjizat
Al Quraan merupakan satu mukjizat yang dianugerahkan kepada Rasulullah SAW. Penyelesaian kepada segala kehendak manusia berbagai bagai zaman. Didalamnya tersusun surah dan ayatnya dengan teratur dan cantik. Sebagai satu hidangan yang Allah SWT sediakan kepada hambaNYA. Al Quraan merupakan tali Allah SWT untuk berhubung dengan setiap manusia...hamba NYA.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914