Ustaz Yusuf 051111

Ustaz Yusuf 051111
Kuliah Subuh

1. Apabila keimanan didalam masyarakat semakin luntur terdapat berbagai permasaalahan yang tercetus.

2. Ramai orang Islam yang merasa rimas mengenai apa yang sedang terjadi didalam masyarakat terkini. Jadi terdapat berbagai cara bagi segelintir ummah menunjjukkan ketidak setuju mereka akan keadaan yang terjadi disekeliling mereka. Ada yang membuat demonstrasi...

3. Walaupun sikap sensitif akan persoalan akidah itu baik. Tetapi tindakkan yang dilakukan perlulah dengan penuh kebijaksanaan. Supaya agama Islam tidak ditakuti oleh orang orang yang bukan Islam.

4. Perkara ini terjadi dikalangan masyarakat, berkemungkinan tercetus kerana sistem pembelajaran hari ini. Terutama pendidikan Islam diperingkat tinggi, di IPT.

5. Para pelajar dididik dengan terperinci mengenai ibadah khusus. Tetapi kurang diberi pendedahan mengenai ilmu yang lebih luas yang membincang persoalan Islam sebagai cara hidup yang sempurna.

6. Kekuatan ummah hendaklah dibina diatas dasar iman. Setiap daripada kita harus mempunyai perasaan takut akan pertemuan kita dengan Allah SWT.
- Adakah kita sudah bersedia?
- Sudah cukupkah amalan kita untuk dijadikan bekalan dialam yang selanjutnya?
- Bagaimana keadaan solat, puasa, sedekah, zikirullah?

7. Berdakwah itu adalah tuntutan kepada setiap orang Islam. Dengan memberi pendedahan ajaran Islam kepada setiap orang dikalangan masyarakat. Kesempurnaan Islam yang dinikmati oleh orang Islam tidak dirasai oleh semua orang didalam masyarakat.

8. Orang Islam didalam satu masyarakat hendaklah membawa contoh yang baik. Berbaik serta berkasih sayang didalam masyarakat perlulah dikemukakan oleh orang Islam kepada orang yang bukan Islam. Dengan cara ini masyarakat akan menjadi lebih aman dan menjalin hubungan yang baik.

9. Walau bagaimanpun apabila berhadapan dengan orang yang ingin membawa kerosakkan didalam masyarakat, terutama perkara yang dapat merosakkan akidah ummah, hendaklah orang Islam bertegas mempertahankan prinsip agama.

10. Bersikap adil adalah satu tuntutan bagi setiap ummah. Terutama keadilan sosial dan masyarakat. Perkara ini hanya akan dapat dinikmati oleh semua apabila keadilan ini terdapat didalam sistem politik.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914