Ustaz Nahrawi 041111

Ustaz Nahrawi 041111
Kuliah Maghrib

1. Bulan Zulhijjah adalah bulan yang mulia. Dimana umat Islam yang hendak mengerjakan haji akan berada dibumi suci Mekah.

2. Hari kesembilan orang- orang yang menyerjakan haji akan berada di Arafah.

3. Pada tanggal sembilan haribulan Zulhijjah sesiapa yang berpuasa akan mendapat ganjaran yang besar:
- keampunan dosa, setahun yang lalu.

4. Puasa sunat Hari Arafat ini hanya disunatkan kepada mereka yang tidak mengerjakan Haji. Mereka yang sedang mengerjakan Haji tidak disunatkan berpuasa pada tarikh tersebut. Terdapat tegahan dari Nabi s.a.w. sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Hurairah r.a.; "Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari 'Arafah bagi jamaah haji yang berada di 'Arafah" (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim).

Hari 'Arafah ialah hari sembilan Zulhijjah. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; "Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari 'Arafah" (Riwayat Imam Muslim).

Adapun disunatkan berpuasa pada hari tersebut, dalilnya ialah; hadis dari Abu Qatadah r.a. yang menceritakan;
وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ , فَقَالَ: يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ
Nabi s.a.w. ditanya tentang puasa hari 'Arafah. Baginda bersabda;
"(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang" (Riwayat Imam Muslim).

( http://yusofembong.blogspot.com/2009/11/puasa-sunat-hari-arafat-9-zulhijjah.html )

5. Hari Raya Aidil Adha, sepuluh Zulhijjah merupakan hari raya yang besar. Umat Islam bertakbir selama 4 hari dan juga mengerjakan qurban.

6. Pada pagi Hari Raya Aidil Adha setelah selesai solat subuh, maka berdoalah kepada Allah SWT keatas hajat yang dikehendaki... insyaAllah diwaktu tersebut merupakan waktu yang baik.

7. Disunatkan mandi dipagi hari Aidil Adha. dan berpakailah dengan pakaian yang baru serta berwangi wangian.

8. Beramai ramai bersolat sunnat Aidil Adha. Bertakbir serta memuji kebesaran Allah SWT.

9. Selepas mengerjakan solat sunnat Aidil Adha, maka dikerjakan pula ibada qurban. Merupakan satu amalan yang disukai oleh Allah SWT.

"Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Qurban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang qurban). Sesungguhnya binatang qurban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah qurban itu sebelum darah binatang qurban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah qurban kamu."
(Hadis riwayat at-Tirmidzi,Ibnu Majah dan Hakim)

Sabda Nabi Muhammad SAW (maksudnya): "Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu di titian pada Hari Qiamat".

"Tidak akan sampai kepada Allah daging-dagingnya dan tidak pula darah-darahnya. Tetapi akan sampai kepada Allah ialah ketaqwaan dari kamu. Demikianlah dipermudahkannya korban-korban kepada kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan hendaklah kamu gembirakan orang-orang yang berbuat kebajikan." (al-Hajj : 36-37)

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914