My idea : Ustaz Shamsuddin 180513

Ustaz Shamsuddin 180513
Ustaz Shamsuddin 180513
  • Kuliah Subuh, Masjid Al Huda Shah Alam
    • Jika sesaorang itu hendak meningkatkan darjah iman serta ingin mendekatkan diri kepada Allah SWT, maka hendaklah dibuang segala sifat yang tidak baik
      • Manusia mempunyai segala sifat sifat yang lemah, yang tidak baik
        • Maka hendaklah dijauhi daripada sifat sifat yang akan melemahkan imannya
        • Kesopanan didalam pergaulan hendaklah dijaga.
          • Hendaklah berpegang dengan hukum agama. Letaknya diatas sekali
            • Jauhi dengan mengikut hawa nafsu
            • Kelemahan sifat sifat yang terdapat pada diri manusia yang perlu dijauhi
              • Yang bersangkutan dengan anggota diri seperti mata, telingga, tangan dan sebagainya
                • Anggota lahiriyah itu perlulah dijauhi dari melakukan maksiat
                  • Begitu juga dengan anggota yang merupakan bathiniah
                    • Hati hendaklah dibersihkan daripada sifat sifat yang buruk
                      • Hendaklah menjadi hamba Allah SWT yang senantiasa patuh kepada Allah SWT
                    • Mempunyai ilmu untuk membuangkan sifat sifat buruk manusia
                      • Ilmu fiqah memberi jalan untuk memperelokkkan sifat sifat berhubung dengan sifat lahriyah
                        • Manakal sifat sifat berhubung dengan hati iaitu bathiniah adalah ilmu tasawuf
                          • Tidak mencapai ketinggian tasawuf tanpa ilmu fiqah
                        • Hati itu baik..
                          • Apabila dibuang daripada sifat sifat tercela
                            • Menjauhi daripada sifat sombong, bongkak, ujub, takabur, riak, hasad dan seterusnya
                              • Jauhkan daripada mencintai dunia yang berlebihan tanpa mengingati hal akhirat
                                • Takut hilang kedudukan duniawi
                                  • Takut kehilangan kekayaan harta benda
                                  • Tidak mempunyai hasad kepada kejayaan orang lain
                                  • Berwaspada akan kelemahan hati...
                                    • Hati sentiasa membolak balik
                                      • Oleh itu perlu selalu dibersihi
                                        • Mendekati dan selalu membaca Al Quraan
                                          • Makanan yang baik secara sederhana. Jangan memakan secara berlebihan
                                            • Selalu sembahyang malam terutama didalam bulan Ramadhan
                                              • Memperbanyakkan istighfar dan berselawat keatas junjungan Rasulullah SAW

                                                Wassalam
                                            

                                            Comments

                                            Popular posts from this blog

                                            Ustaz Ghazali Omar 020912

                                            Ustaz Shamsuddin 090809

                                            Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914