Ustaz Shamsuddin 120513

Ustaz Shamsuddin 120513
Ustaz Shamsuddin 120513
  • Kuliah Subuh, Masjid Al Huda Shah Alam
    • Manusia selalunya melihat dirinya baik sahaja
      • Jarang manusia mahu melihat akan kelemahan dirinya
      • Sekiranya manusia selalu insaf akan kelemahannya
        • Maka dia akan merasa kekerdilan dirinya
          • Barulah dia merasa akan kehebatan Allah SWT
            • ...merasai akan kebesaran Allah SWT
          • Keengganan manusia melihat kelemahan dirinya
            • Merupakan satu hijab atau dinding
              • Untuk membesarkan Allah SWT
                • Sehingga dia didalam hatinya tidak merasa takut akan Allah SWT
                • Hijab atau dinding daripada melihat kebesaran dan keagungan Allah SWT
                  • Menghalang manusia daripada melihat tanda- tanda kewujudan Allah SWT
                    • Sekiranya didunia kita tidak beriman bagaimana hendak melihat Allah SWT diakhirat kelak
                    • Menjadi hati manusia gelap
                      • Tidak dapat melihat akan sifat sifat Allah SWT dengan mata hati
                        • Untuk melihat Allah SWT dengan mata hati, maka manusia perlu berusaha menghapuskan dinding tersebut
                          • Dinding tersebut boleh dihapuskan dengan menjauhkan diri daripada perbuatan yang buruk. Seperti sifat hasat dan dengki
                        • Bagaimana hendak menghapuskan hijab yang mendiding daripada mengenal Allah SWT
                          • Perlu melihat akan kelemahan dan kekerdilan diri sendiri
                            • Muhasabah diri akan segala dosa dan keaiban diri sendiri
                              • Bahawa manusia ini tidak akan lepas daripada kesalahan dan dosa
                              • Insaf bahawa dunia ini bukan destinasi orang mukmin
                                • Berusaha dengan bersungguh- sungguh untuk mencapai kejayaan diakhirat kelak
                              • Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata, "Tuhan kami ialah Allah!", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya perkara yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu". ( Ayat 30 : Surah Fussilat )
                                • Cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang dan peraturan-Nya) kepada nur hidayah-Nya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. ( Ayat 35 : Surah an-Nur )
                                  l>

                                  Comments

                                  Popular posts from this blog

                                  Ustaz Ghazali Omar 020912

                                  Ustaz Shamsuddin 090809

                                  Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914