Ustaz Shamsuddin 090613

Ustaz Shamsuddin 090613
Ustaz Shamsuddin 090613
  • Kuliah Subuh, Masjid Al Huda Shah Alam
    • Ridha dengan kehendak NAFSU
      • Punca segala perbuatan maksiat
        • Sesiapa yang hanya mengikut nafsu sahaja akan mendatangkan kerosakkan iman
          • INDUK SEGALA MAKSIAT, SYAHWAT DAN KELALAIAN ADALAH REDA TERHADAP NAFSU DAN SUMBER SEGALA TAAT, TERPELIHARA DIRI (DARI SYAHWAT) DAN BANGUN (PADA TAAT) ADALAH TIDAK REDA KEPADA NAFSU.
            • BERSAHABAT DENGAN ORANG JAHIL YANG TIDAK MENURUT HAWA NAFSU LEBIH BAIK DARIPADA BERSAHABAT DENGAN ORANG ALIM YANG TUNDUK KEPADA NAFSU. ILMU APAKAH YANG DAPAT DIPANGGIL BAGI ORANG ALIM YANG DITAWAN OLEH NAFSUNYA, SEBALIKNYA KEJAHILAN APAKAH YANG DAPAT DISEBUTKAN BAGI SESEORANG YANG SUDAH DAPAT MENGEKANG NAFSUNYA.
            • Nafsu merupakan punca maksiat
              • Ia itu melanggar kewajipan kita terhadap hukum yang telah ditetapkan
                • Mengikut kehendak syahwat
                  • Melepas akan keinginan kepada perkara yang sedap dan enak
                  • Membuat sesaorang itu lalai
                    • Al Ghaflatu
                      • Melengahkan daripada melakukan ibadah
                    • Maksiat, Syahwat dan Al Ghaflatu
                      • Merupakan 'outcome' kepada tunduk kepada kehendak hawa nafsu
                        • Ketika melakukan perkara yang buruk ini nafsu melindungi sesaorang itu daripada melihat kerendahan serta aib.
                          • Nampak perkara yang buruk itu baik
                            • Menjadikan sesaorang itu ' self centered' tanpa memikirkan kehendak agama
                            • Maka jatuhlah sesaorang itu kedalam kejahatan serta kekufuran
                              • Hatinya membuta terhadap kebesaran Allah SWT
                                • Buta kepada ajaran agama
                                  • Al Quran & Hadis tidak berkembang didalam jiwa sanubarinya
                                • Berbeza dengan orang yang taat kepada Ajaran agama
                                  • Tidak redha kepada tuntutan nafsu
                                    • Berjihad terhadap tuntutan nafsu
                                      • Mengawal nafsu daripada menguasai hati dan jiwa sesaorang itu
                                        • Al 'Iffah iaitu meninggalkan perbuatan buruk. Menjaga diri daripada melakukan perbuatan sumbang
                                          • Al Yaqadhah; sensitif terhadap tuntutan agama. Meletakkan kehendak Allah SWT dan Rasulullah SAW melebihi kehendak yang lain
                                            • Nafsu dikedali dengan baik
                                              • Takut untuk melakukan sesuatu yang dituntut oleh nafsu, ia akan meyelidik dahulu
                                                • Menarik nafsu untuk tunduk kepada perintah Allah SWT
                                              • Orang yang taat memilih siapa yang dia bergaul
                                                • Memilih bergaul dengan orang yang baik
                                                  • Orang yang taqwa dengan Allah SWT
                                                    • Mereka ini tidak berqiblatkan kepada kehendak hawa nafsu
                                                    • Menjauhkan diri daripada orang yang tidak baik
                                                      • Walaupun orang yang alim. Jika dia mengikut nafsu maka perlu dijauhi
                                                        • Ilmu mereka tidak dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT
                                                      • Wassalam 7:50

                                                        Comments

                                                        Popular posts from this blog

                                                        Ustaz Ghazali Omar 020912

                                                        Ustaz Shamsuddin 090809

                                                        Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914