Ustaz Shamsuddin 150613

From Evernote:

Ustaz Shamsuddin 150613

Kuliah Subuh, Masjid Al Huda Shah Alam

• Hati memain peranan yang penting didalam mempertingkatkan keimanan kepada Allah SWT

• Untuk membersihkan hati daripada berpenyakit seperti ragu-ragu maka perlulah sesaorang mukmin itu benar- benar mengenal Allah SWT.

• Didalam ilmu tasawuf mengenal Allah SWT sesaorang itu melalui tingkatan mata hatinya.
- Syu'aa'ul Bashirah, hati yang terdapat cahaya keimanan
- Ainul Bashirah, hati yang mempunyai cahaya keimanan yang jelas.
- Haqqul Bashirah, tingkatan yang tinggi dimana hatinya mempunyai cahaya keimanan yang kukuh, sentiasa merasa akan kewujudan Allah SWT.

• Untuk mengenal Allah SWT sesaorang itu hendaklah mempunyai ilmu tauhid yang baik. Sehingga ketahap Nurul Aql.

• Orang yang mengenal Allah SWT sentiasa setiap masa bersangka baik akan segala ketentuan Allah SWT.

• Ilmu dan amal akan mempertingkatkan iman sesaorang kepada Allah SWT. Jika dilakukan secara berturusan akan dapat mencapai ketahap yang disebut para ulama' sebagai Nurul Ilmu (cahaya ilmu)

• Hati yang subur keimanannya akan dapat mencapai tingkatan hakikat yang tinggi akan kewujudan Allah SWT. Maka yang dicintai hanyalah Allah SWT. Sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapat keredhaan NYA.

• Saidina Abu Bakar apabila ditanya " dengan apakah anda mengenal Tuhan anda?"
- Jawap baginda "Aku mengenal Tuhanku dengan Tuhanku, dan jikalau bukan kerana Tuhanku, niscaya aku tidak akan mengenal Tuhanku"

• Cahaya hati para Nabi dan para Sahabat mencapai tingkatan yang tinggi. Yang dikurniakan Allah SWT. Bandingan mereka denggan orang awam adalah seperti Kapal yang Besar yang belayar dilautan dibandingkan dengan Kapal Kecil.

• Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914