Ustaz Yussuf 070413
Ustaz Yussuf 070413
- Kuliah Subuh, Masjid Al Huda Shah Alam
- Suasana didalam negara sekarang
- Sebagai seorang mukmin perlu ada kefahaman dan kesedaran dari aspek agama Islam
- Kesedaran itu perlu kepada pengisian ilmu dan maklumat yang benar tanpa unsur fitnah
- Berhadapan dengan pilihan raya umum yang ketiga belas
- Watak yang ingin popular...
- Ingin mengambil kesempatan daripada suasana pilihanraya
- Sanggup membuka aib sesaorang pemimpin yang dihormati ramai
- Diatas niat untuk menjatuhkan sesaorang pemimpin dengan mengeluarkan fakta yang tidak tepat. Fakta yang diluar konteks yang benar.
- Perbuatan ini adalah jelas bersalahan dengan cara dan budi sesaorang muslim
- Sistem demokrasi didalam masyarakat Islam perlu dipertingkatkan
- Maklumat yang ingin disampaikan kepada masyarakat perlu beretika. Tidak boleh digalakkan maklumat yang berunsur fitnah
- Masyarakat mempunyai hak mereka. Tidak wajar mana mana pihak memanupulasikan suasana. Hak mereka harus dihormati.
- Tidak boleh mana mana kumpulan atau partai yang menyalah guna kuasa dan amanah yang diberi
- Islam perlu diberi keutamaan...
- Sesaorang mukmin wajib memilih partai yang membela kesucian serta yang memperdanakan Islam
- Kesempatan yang besar ini hendaklah digunakan untuk memberi kuasa kepada mereka yang membela Islam
- Tetapi cara yang hendak digunakan untuk mencapai hasrat tersebut hendaklah mengikut hukum syarak.
- Ada orang yang mengaku membela Islam tetapi hasratnya yang benar adalah berlainanan. Maka umat Islam harus pandai menilai watak mana yang benar dan palsu.
- Masyarakat Islam harus menilai orang yang mengaku membela Islam. Walaupun dari segi zahirnya dengan berjanggut dan berjubah. Setiap calun hendaklah dinilai dengan objektif berlandaskan hukum Islam.
- Keputusan hendaklah dilakukan mengikut akal yang berlandaskan ilmu, bukan daripada emosi yang berlandaskan kepada nafsu....
Comments