Ustaz Dr Ahmad Kamal 300613

Ustaz Dr Ahmad Kamal 300613
Ustaz Dr Ahmad Kamal 300613
  • Kuliah Subuh, Masjid Al Huda Shah Alam
    • Allah SWT menghidupkan dan mematikan manusia
      • Kejadian manusia itu jelas visi dan misinya. Serta di uji akan kualiti aqidah manusia
      • Kiffarah merupakan ujian Allah SWT kepada orang yang beriman
        • Ujian tersebuat kerana orang yang beriman itu berkemungkinan telah melakukan maksiat
          • Merupakan peringatan kepada manusia agar ia kembali kejalan yang diredhai oleh Allah SWT
          • Bala' merupakan balasan kepada orang yang selalu melakukan maksiat
            • Allah SWT memilih tempat yang diturunkan bala'
              • Tidak dikira siapa sahaja. Apabila bala' itu turun, maka akan menimpa semua
              • Ibtila' merupakan ujian kepada orang yang beriman
                • " Apakah kalian menyangka bahawa Kami mencipta kalian untuk suka- suka dan kalian tidak akan dikembalikan kepada Kami (untuk perhitungan). Maha suci Maha tinggi Allah dari perbuatan sebegitu. Dia Raja (Tuhan Pemilik alam ini) yang sebenarnya. Tidak ada tuhan kecuali Dia. Dialah Tuhan 'Arasy yang mulia. Siapa yang menyeru (menyembah) selain Allah sebagai tuhan (yang dipersekutukan )bersamanya pada hal ia tidak ada hujjah dan bukti (tentang itu) maka perhitungan dengan orang tersebut akan dilakukan oleh Allah sendiri. Sebenarnya orang yang kafir tidak akan menang. Berdoalah : Hai tuhan ampunkanlah (dosaku) dan kasehanilah (diriku). Engkaulah tuhan yang Maha (pengampun dan ) penyayang." (Surah al Mu'minun 115-118)
                  • Musibah yang dikenakan kepada orang baik ketika melakukan kebaikan sebagai tanda kasih sayang Allah kepada hambaNYA yang taat. Dengan ibtila' seseorang hamba itu akan mendapat ganjaran yang berganda dan ditinggikan darjatnya disisi Allah. Dengan musibah,mereka memperoleh pahala syahid,pahala sabar,pahala redha dan lain-lain. Contoh:ditimpakan ke atas Para Rasul Ulul Azmi,siddiqin,syuhada' dan solehin. "berapa banyak golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang ramai,dengan izin Allah dan Allah bersama orang-orang yang sabar" (surah al-baqarah 2:249)
                    • Sahabat mulia Anas ibn Malik Radhiyallahu anhu meriwayatkan bahwa Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda : " sesungguhnya balasan yang besar ada dalam ujian yang berat, jika Allah mencintai satu kaum, maka Ia menguji mereka, siapa yang ridha [dengan ujian itu] maka mereka akan mendapatkan keridhaan Allah, siapa yang marah/tidak senang [dengan ujian itu] maka mereka akan mendapatkan murkaNya " [HR At-Tirmidzi]
                    l>

                    Comments

                    Popular posts from this blog

                    Ustaz Ghazali Omar 020912

                    Ustaz Shamsuddin 090809

                    Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914