Kuliah Maghrib 251218

Masjid Al Huda Shah Alam

✓ Sebagai seorang mukmin hendaklah kita bersyukur diatas hidayah yang Allah SWT anugerahkan kepada kita. Walhal ramai orang hari ini menyambut hari Natal, mereka hidup didalam kegelapan. Tetapi mereka yakin itulah jalan yang benar.

✓ Surah Ali Imran ayat19. Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.

✓ Tidak ada agama yang diterima Allah SWT selain daripada Islam. Agama lain ditolak. Sebagai seorang yang beriman tidak dibolehkan merestui agama lain. Tidak boleh menyambut majlis agama lain.

✓ Untuk mempelajari agama adalah efektif bagi kita mengetahui kisah para sahabat.

✓ Mendidik anak cucu kita dengan kisah para sahabat.

✓ Seorang sahabat Abdullah Hudzafah ditawan raja rum. Menawarkan sebahagian kerajaan rum sekiranya dia murtad dan memeluk agama Nasrani. Dia menolak dengan spontan. Disiksa tetapi tidak berganjak imannya. Akhirnya dia dibebaskan oleh raja tersebut. Begitulah iman para sahabat.

✓ Para sahabat hidup mereka dipenuhi dengan apa yang diajarkan Rasulullah SAW dan Al Quran.

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914