Ustaz Shamsuddin 091218

Kuliah Subuh

✓ Segala apa sahaja yang wujud dialam ini pada hakikatnya ia tiada.

✓ Adanya alam dan segala isinya adalah kerana ia diciptakan oleh Allah SWT

✓ Alam ini adalah fakir. Ia berhajatkan pertolongan Allah SWT. Alam itu tidak sempurna, yang sempurna hanyalah Allah SWT.

✓ Wujudnya alam ini akan ada akhiran. Yang hakiki adalah Allah SWT.

✓ Alam ini dan segala isinya adalah ciptaan yang baru. Pada hari Qiamat nanti ia akan dihapuskan. Yang kekal hanyalah Allah SWT.

✓ Segala isi didalam alam ini bagaikan gelombang yang digerakkan oleh Laut. Andainya laut itu adalah pencipta, dan gelombang itu adalah dicipta.

✓ Allah SWT adalah satu- satunya kuasa didalam alam ini. Perlulah setiap orang mukmin yakin dan beriman kepada kuasa yang satu itu.

✓ Makhluk betapa hebat macam mana pun akan berakhir. Dihancurkan dihari akhirat kelak.

✓ Wassalam


Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914