Ustaz ALI 111218

Kuliah Maghrib

✓ Setiap yang hidup pasti akan mati, kemudian bertemu dengan Allah SWT. Maka perlulah bersiap siaga untuk membawa bekalan amalan yang Soleh .

✓ Cemburu yang dibolehkan
     • Berlumba memberi sedekah
     • Berlumba mencari ilmu untuk mengajar

✓ Orang yang bersifat Hasad dengki akan ditimba ...
     • Kesusahan
     • Musibah
     • Hina/ Keji
     • Laknat Allah SWT
     • Ditutup pintu Taufiq
     • Musuh akan nikmat Allah SWT

✓ Seorang yang dikatakan baginda Rasulullah SAW seorang ahli syurga. Bila ditanya apakah amalannya. Ia menyatakan bahawa...
      • Memaafkan akan semua orang yang berdosa kepadanya
      • Dia tidak ada sedikit pun iri hati
      • Tidak bersangka buruk

✓ Orang yang berdengki itu merupakan seorang yang memarahi Allah SWT kerana memberi nikmat keatas hambaNYA yang lain.

✓ Ia sangka yang kelebihan itu hanya miliknya, tidak meredhai kehendak Allah SWT.

✓ Kehinaan Allah SWT akan menimpa orang yang berhasad dengki. Malah sifat itu akan mendekatkan dia kepada Iblis.

✓ Sifat tersebut tidak akan mendapat apa-apa kebaikan. Malah akhirnya sifat tersebut akan membawanya ke dalam neraka. Hina didunia dan hina diakhirat.

✓ Begitu juga sesaorang yang mempunyai sifat yang baik tidak memandang hina akan segala yang ada pada orang lain. Jika ia diajak menjamah makanan janganlah dia pandang hina kepada orang lain yang menghidang makanan yang tidak sama taraf dengannya. Ini dilaknat Allah SWT.

✓ Tiga golongan manusia yang Allah tidak berkata kata dan juga tidak melihatnya diakhirat
    • Orang tua yang berzina
    • Pemerintah yang menipu rakyatnya
    • Fakir yang sombong

✓ Orang yang mendapat syurga
      • Mati syahid
      • Hamba abdi yang banyak amalan soleh
      • Orang fakir yang ramai tanggungjawab

✓ Ciri orang yang ahli neraka...
     • Pemimpin yang menindas rakyat.
     • Orang kaya yang tidak berzakat.
     • Fakir yang berbangga bangga.

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914