Ustaz Rahmatullah 101218

Kuliah Maghrib

✓ Seorang ahli sufi yang terkenal Al-Imam Hassan al-Basri memberi kata-kata hikmatnya : "Barang siapa tidak ada adab bererti tidak ada ilmu. Barang siapa tidak ada kesabaran, bererti ia tidak ada agama. Barang siapa tidak ada sifat warak, bererti ia tidak dekat dengan Tuhannya."

✓ Adab dengan guru. Kena hormat.

✓ Agama merupakan peraturan yang ditetapkan Allah SWT dan apa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.  Selalunya hendak berpegang dengan jalan Allah SWT banyak halangan. Manusia tidak suka. Nafsu juga tidak suka. Nak berpegang kepada agama perlulah banyak bersabar.

✓ Orang yang wara' akan meninggalkan akan perkara-perkara yang syubhah. Mereka menjaga dengan teliti. Tertib didalam apa sahaja penelitiannya. Dari segi makanan, pakaian, pekerjaan, dsb.

✓ Orang yang melakukan dosa dia akan susah hendak bangun malam untuk melaksanakan ibadah.

✓ Orang yang hendak menuntut ilmu hendaklah bertakwa. Lakukan yang Allah SWT suruh dan hindar daripada larangan NYA. Ketika sunyi ataupun ketika terang terangan. Perlulah menjaga lisan agar tidak menyampaikan kesalahan orang lain. Orang yang hendak menuntut ilmu hendaklah jaga akan makanan agar ianya benar benar halal.

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914