Ustaz Shamsuddin 151218

Kuliah Subuh

✓ Orang yang beriman hendaklah berwaspada apabila dipuji orang. Minta perlindungan daripada Allah SWT

✓ Saidina Ali RA apabila dipuji orang lain berdoa kepada Allah SWT akan keburukan segala yang akan berlaku kerana dipuji. Serta diberikan kebaikan sebagaimana yang dipuji.

Doa sayyidina 'Ali karramaLlahu wajhah tatkala beliau dipuji:
ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺍﻏﻔﺮ ﻟﻲ ﻣﺎ ﻻ ﻳﻌﻠﻤﻮﻥ ﻭﻻ ﺗﺆﺍﺧﺬﻧﻲ ﺑﻤﺎ ﻳﻘﻮﻟﻮﻥ ﻭﺍﺟﻌﻠﻨﻲ ﺧﻴﺮﺍ ﻣﻤﺎ ﻳﻈﻨﻮﻥ
"Ya Allah! Berilah ampun kepadaku pada apa yang mereka
tidak ketahui, janganlah engkau menghukumku sebab apa
yang mereka katakan, dan jadikanlah aku lebih baik dari apa
yang mereka sangka!"

✓ Apabila sesaorang menerima pujian. Bersyukur kepada Allah SWT. Cuba untuk memperbaiki diri supaya jadi apa yang dipuji.

✓ Orang beriman tidak meminta dipuji. Tetapi bila dia dipuji, memohon kepada Allah SWT agar dianugerahkan kebaikan sebagaimana yang katakan oleh orang yang memuji. Kerana dia tahu didalam kebaikan yang dikatakan dirinya mempunyai banyak keburukan.

✓ Rasulullah SAW biasa menegur para Sahabat supaya jangan memuji sesaorang itu secara berlebihan.

✓ Pujian itu datang daripada Allah SWT. Maka apabila kita dipuji maka hendaklah kita bersyukur. Serta yakin bahawa segala pujian adalah keatas Allah SWT.

✓ Terdapat didalam Al Quran, Allah SWT memuji akan kebaikan Hamba NYA. Maka hamba itu perlulah selalu memuji NYA.

✓ Seorang hamba perlulah rasa malu apabila perkara yang dipuji itu tiada didalam dirinya. Minta perlindungan daripada Allah SWT serta bersyukur yang keburukan nya ditutupi NYA.

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914