Ustaz jemputan 180422

Kuliah Subuh

• Nikmat iman yang dianugerahkan Allah SWT kepada hamba-Nya perlu disyukuri.

• Orang yang beriman hendaklah takut sekiranya iman itu dicabut ketika menghadapi sakarat maut.

• Apabila seseorang itu bersyukur akan imannya, akan dicatatkan segala amalnya.

• Diakhirat kelak seorang hamba akan ditunjukkan segala amal nya. Malaikat yang menulis kebaikan dan keburukan tidak akan terlepas segala amal baik dan buruk hamba itu.

• Ketika dihari akhirat kelak tiada ada siapa yang dapat memberi syafaat kepada sesaorang hamba itu. Hanya Rasulullah SAW sahaja yang diizinkan Allah SWT untuk meminta syafaat kepada pengikut nya. Beruntung lah sesiapa yang diakui sebagai pengikut Nabi Muhammad SAW.

• Berhati hati akan muslihat iblis dan syaitan. Tipu dayanya tidak kira siapa. Orang yang kuat beribadat juga dibisikkan akan membuat seseorang itu sombong akan amalan nya.

• Jahatnya iblis sehingga dia sanggup berjanji dihadapan Allah SWT agar dia akan menggodakan manusia supaya melakukan berdosa besar dan kecil.

• Digoda manusia supaya leka akan perkara-perkara yang membuat seseorang itu lalai akan melakukan ibadah.

• Manusia tidak akan terlepas daripada melakukan perkara-perkara yang berdosa. Maka perlulah sesaorang itu sentiasa memohon ampun dan bertaubat daripada Allah SWT.

• Pengakhiran hidup manusia perlulah dia merasakan maut.

• Sebelum maut setiap orang akan menghadapi sakaratul maut. Sakitnya sakaratul maut itu tidak dapat dibayangkan. Hanya perasaan gembira kerana hendak bertemu dengan Allah SWT yang dicintai sahaja yang dapat meringankan nya.

• Amalan yang soleh perlulah dilakukan dengan ilmu yang baik. Sabar dan tekun mengerjakannya dengan ikhlas.

• Orang yang beriman hendaklah sedar yang kehidupan didunia ini adalah pendek sahaja. Tetapi kehidupan diakhirat itu selama lamanya. Maka hendaklah difokuskan amalan yang akan menjadi bekal diakhirat nanti.

• Wassalam.

 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914