Ustaz Yusof 030422
Kuliah Subuh
• Bersyukur kepada Allah SWT kerana semua kita dapat bertemu sekali lagi dengan Ramadhan Kareem.
• Setelah bersama dengan wabak Covid 19 selama dua tahun. Harap tahun ini Allah SWT memberi kelapangan untuk umat mukmin mengerjakan ibadah Ramadhan dengan sempurna.
• Digalakkan dibulan Ramadhan ini untuk membaca Al-Quran. Dengan harapan dapat dikhatamkan.
• Dibulan Ramadhan, Imam Shafie setiap hari mengkhatamkan Al Quran sebanyak dua kali.
• Membaca Al-Quran merupakan zikir. Setiap huruf diberi ganjaran. Dan membaca dengan penuh ikhlas ganjarannya tidak terbilang.
• Disunatkan pada bulan Ramadhan, membuka puasa dengan segera apabila masuk waktu Maghrib.
• Juga digalakkan orang yang beriman untuk bersedekah sebanyak yang mungkin.
• Para ulama ada yang berhempas pulas untuk menegakkan Islam. Berusaha untuk mendidik masyarakat muslim bagaimana menghidupkan agama Islam. Seperti Allahyarham Hassan Turabi, yang sanggup keluar masuk penjara semata-mata untuk mendidik pemimpin dan masyarakat akan pentingnya hidup mengikut syariat Islam.
• Ramadhan ini hendaklah setiap orang yang beriman berusaha untuk mengeratkan silaturrahim sesama manusia. Menjaga hubungan kasih sayang dengan masyarakat sekeliling termasuk ahli keluarga.
• Jauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara maksiat. Dari segi hal makanan yang tidak halal sehinggalah membuat fitnah dan melakukan rasuah. Segala yang haram merosakkan masyarakat.
• Perlulah orang yang beriman berusaha agar dibulan Ramadhan ini, mengambil berkat bulan yang mulia ini agar masyarakat Islam dinegara ini bebas daripada penyakit rasuah.
• Jauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang tidak halal. Kena periksa segala sudut kehidupan agar bebas daripada maksiat.
• Ramadhan ini terhimpun segala kebaikan yang dapat membantu sesiapa yang benar-benar berusaha membebaskan diri dengan bertaubat daripada segala maksiat serta memohonkan keampunan daripada Allah SWT. Agar dapat diberikan ganjaran syurga diakhirat kelak.
• Wassalam

Comments